Sebagai tanda terima kasih atas sambutan hangat penonton terhadap drama premium terbitan Astro Originals, One Cent Thief, Astro kini membawakan satu saluran khas.

Saluran tersebut dinamakan One Cent Thief Pop-Up Channel yang akan bermula pada 23 November ini.

Kejayaan One Cent Thief dalam menghasilkan reaksi-reaksi yang positif serta sokongan daripada para penonton sepanjang ia disiarkan telah mencetuskan idea kepada penghasilan Pop-Up Channel ini.

Istimewanya lagi saluran ini memberi peluang kepada peminat-peminat yang ingin mengikuti perkembangan jalan ceritanya secara berterusan tanpa halangan daripada kandungan- kandungan lain.

One Cent Thief Pop-Up Channel juga akan dipenuhi dengan kandungan-kandungan eksklusif yang menarik kepada penonton setia.

Di sini kami kongsikan lima senarai kandungan eksklusif yang boleh ditonton:

OCT Boxset yang merangkumi episod 1 – 8 (Episod 8 akan disiarkan selepas tarikh penyiarannya pada 26 November)

OCT Specials iaitu kompilasi kandungan-kandungan istimewanya seperti tayangan perdana, klip-klip istimewa dan yang lain

• Pratonton Eksklusif EP3 One Cent Thief (pratonton istimewa daripada episod 3, klip temu bual bersama watak-watak daripada One Cent Thief & trailer rasmi

OCT : Up Close & Personal (Kisah-kisah dan pengalaman barisan pelakon ‘One Cent Thief’ dalam menghasilkan siri tersebut).

• Klip-klip promo One Cent Thief

Jadi tonton One Cent Thief di One Cent Thief Pop-Up Channel bermula 23 November sehingga 4 Disember 2022 menerusi Astro saluran 100.

Jangan lupa juga saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.

One Cent Thief ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).

Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.

One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.

Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.

Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.

Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.