Dalam tempoh 24 jam dilancarkan muzik video ‘On The Ground’ nyanyian anggota kumpulan BLACKPINK RosE mencatat tontonan tertinggi.

Lagu yang merupakan solo pertama RosE itu telah mencatat hampir 41.6 juta tontonan selepas ia dilancarkan pada 12 Mac lalu.

Jumlah tersebut juga lima lali lebih tinggi daripada lagu yang menduduki tempat kedua dan ketiga dalam senarai video muzik solo wanita K-Pop yang paling banyak dilihat dalam tempoh 24 jam.

Ia sekali gus berjaya memadam rekod yang dipegang Psy menerusi lagu Gentleman selama lapan tahun.

Rekod Psy sebelum ini pula adalah sebanyak 36 juta dalam tempoh 24 jam.

Sehingga kini On The Ground mengungguli tempat pertama di 51 carta negara yang berbeza di iTunes. Ia juga menduduki tempat pertama di Bugs and Genie di Korea Selatan.

On The Ground merupakan lagu yang terdapat dalam track album solo pertamanya berjudul R yang turut dilancarkan pada Jumaat lalu.

R telah menerima ulasan hebat dari Billboard dan MTV Australia. R juga telah mencatat sejarah sebagai album K-Pop solo wanita yang menerima lebih 400,000 pra tempahan.

Sumber: Koreaboo