gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
42 Guru Wanita Minta Cerai Selepas Terima Pelantikan Tetap
HIBURAN
Daiyan Trisha Harap Dapat Berlakon Bersama Bront Palarae - “Kami Suka 'Buli' Sesama Sendiri”
HIBURAN
Niena Baharun Tepis Dakwaan Dihalang Berlakon - “Berehat Sebab Anak-Anak, Bukan Suami Tak Benarkan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Cedera Parah Di Kepala, Penyanyi Dangdut Chacha Sherly Maut Nahas Jalan Raya

Amri Hassan
Amri Hassan
06/01/2021
10:05 MYT
Sponsor Banner
Cedera Parah Di Kepala, Penyanyi Dangdut Chacha Sherly Maut Nahas Jalan Raya
Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Chacha Sherly meninggal dunia pada Selasa selepas terbabit dalam nahas jalan raya.
Kemalangan yang melibatkan enam buah kenderaan pada Isnin itu berlaku di Kilometer 428 berhampiran Tol Semarang - Solo, Jawa Tengah.
Allahyarham Chacha yang berusia 29 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas koma berikutan kecederaan parah yang dialaminya.
Menurut polis Indonesia, kemalangan itu berlaku di Kilometer 248 Lebuhraya Bawen – Semarang ketika Chacha dalam perjalanan pulang ke Jakarta selepas bercuti bersama keluarganya.
Kemalangan yang meragut penyanyi itu berlaku selepas sebuah kenderaan hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas sehingga merempuh beberapa kereta lain.
Chacha yang merupakan antara mangsa kemalangan itu dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Ungaran, Semarang.
Untuk rekod, Allahyarham Chacha pernah menganggotai kumpulan Trio Macan pada 2011 sebelum bergerak sebagai penyanyi solo pada Oktober 2019.
Antara lagu popular nyanyian ialah Ah Kamu (Anumu).
Sementara itu, portal berita Kompas melaporkan, keluarga Allahyarham Chacha tidak mampu membendung kedukaan sebaik jenazah penyanyi itu tiba di Kompleks Perumahan Kedungturi Permai Blok I, Sidoarjo, Jawa Timur, pada Selasa malam.
Keluarga Chaca menangis teresak-esak ketika melihat wajah Allahyarham buat kali terakhir.
Jenazah Chacha dikebumikan di Taman Pemakaman Umum Aspol Wage malam tadi.
Sumber: Agensi
Topic Berkaitan
#Kemalangan
#Dangdut
#Belasungkawa
#Indonesia
#Maut
#Chacha Sherly
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement