HIBURAN
Niena Baharun Tepis Dakwaan Dihalang Berlakon - “Berehat Sebab Anak-Anak, Bukan Suami Tak Benarkan”
Pelakon, Datin Niena Baharun menepis dakwaan sesetengah pihak yang menyangka suaminya tidak memberi keizinan untuk terus aktif dalam bidang lakonan.
Suami beri izin, tak halang berlakon
Menurut Niena, suaminya tidak pernah menghalang dirinya untuk terus aktif dalam bidang seni sebaliknya keputusan untuk berehat adalah pilihannya sendiri.“Ketika itu anak-anak masih kecil jadi fokus itu lebih kepada mereka. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskan semuanya,” ujarnya.“Ramai yang tanya kenapa lama tak berlakon, adakah disebabkan suami tak bagi? Bab suami alhamdulillah, dia tidak mempunyai masalah untuk bab berlakon. “Dia tiada halangan dan semuanya okay sahaja, bukan nak kata apa tapi bila dah berkeluarga, masa itu penting.
Niena berkata demikian ketika ditemui di acara Malaysia Bridal Fashion Week 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kekangan masa & fokus anak-anak
Tambah Niena lagi, kekangan masa ketika anak-anak masih kecil menjadi antara faktor utama dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon, terutamanya yang memerlukan komitmen luar kawasan untuk tempoh yang panjang.“Kebanyakan tawaran sebelum ini memerlukan saya ourstation berbulan-bulan, sebab itulah saya terpaksa,” jelasnya.“Sesetengah penerbit ingat saya sudah tidak berlakon lagi, ingat suami saya yang tidak benarkan. Sebenarnya tidak, suami beri keizinan cuma kekangan masa saya sahaja. “Anak-anak saya kini sudah berusia tujuh dan lima tahun. Mereka pun sudah faham kerja saya. Dulu anak-anak saya semua menyusu badan, dua tahun jadi susah nak tinggal.
Suami memahami kerjaya pelakon
Dalam pada itu, Niena turut memaklumkan bahawa suaminya lebih memahami tuntutan kerjayanya sebagai seorang pelakon.“Dia sangat memahami dan dia tahu berlakon adalah kerjaya, hobi dan minat saya,” ujarnya.“Bukan kata suami saya tak bagi, saya kena memperjelaskan semuanya sebab ramai penerbit tanya. “Saya mengenali suami pun sebelum berkahwin lagi, tujuh tahun kami kenal sebelum berkahwin. Usia perkahwin kami pun dah 14 tahun, alhamdulillah.
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Niena Baharun Hadiahkan Gelang Emas Untuk Babysitter, Menangis Berpelukan Nak Berpisah! - "Tak Boleh Ganti Dengan Masa Awak Korbankan ..."
ARTIKEL BERKAITAN:"Kereta Ni Pernah Kena Rampas Lepas Tu Kita Sorok" - Niena Baharun Sedih Kereta Guna Zaman Bercinta Nak Dijual
ARTIKEL BERKAITAN:Rehat Dari Dunia Lakonan Tatkala Nama Sedang Dikenali, Niena Baharun Tak Ralat
Untuk rekod Niena berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus pada 1 Februari 2018.Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adiel Mikael, 7, dan Alyssa Marissa yang kini berusia lima tahun.
Must-Watch Video