Datuk kepada pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni, Muhamed Hassan Mohamed Din menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Berita itu disahkan sendiri oleh Haziq menerusi akaun Instagram miliknya.

Datuknya selamat dikebumikan semalam dan Haziq bersyukur kerana urusan datuknya yang dipanggil dengan gelaran manja, Dada telah dipermudahkan.

“Cepat atau lambat, setiap yang hidup pasti akan pergi.

“Alhamdulillah. Segala urusan dipermudahkan. Allahyarham Hj Muhamed Hassan Bin Mohamed Din selamat dikebumikan tadi.

“Doakan arwah dada sy ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin..,” katanya.

Terdahulu, Haziq pernah berkongsi keadaan datuknya yang semakin nazak.

BACA: "Keadaan Dia Agak Teruk Sekarang .." - Dimasukkan Ke Hospital, Haziq Hussni Mohon Doa Semua Pihak Buat Datuknya


Haziq turut dihujani ucapan takziah dari rakan serta pengikutnya serta mendoakan yang terbaik buat datuknya.