Hiburan
"Cepat Betul Si Comel Mama Sorang Ni" - Ini Ucapan Abby Abadi Buat Sempena Tahun Kelahiran Anaknya
Pelakon Abby Abadi menulis ucapan buat hari ulang tahun kelahiran pertama anak angkatnya, Maisara Dayana Fathia semalam.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Abby berkongsi rasa gembiranya menyambut hari istimewa anaknya itu.
"Maisara Dayana Fathia Faizal, Sanah Helwah, 23 July 2018 - 23 July 2019, alhamdulillah setahun dah kesayangan mama abah ni.
"Dah pandai banyak benda dah, tumbuh gigi seawal enam bulan, makan macam orang besar seawal lapan bulan, berjalan seawal 10 bulan, bercakap sebut abah mama pun lama dah, cepat betul si comey mama sorang ni," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Abby turut meluah rasa syukur dan mendoakan kebaikan buat Maisara.
"Apapun, syukur sangat sangat! segalanya indah, semoga dengan izin Allah, terus terjaga sebaiknya, penuh dengan kasih sayang dan menjadi anak yang terdidik dengan ilmu agama Allah, Insya-Allah, terima kasih Allah," tambahnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan Maisara dan mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran untuknya.
Untuk rekod Abby telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faizal Zakaria dan mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Abby kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya terbarunya itu.
Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Must-Watch Video