,
Laman Utama

Ceraikan Ibu Shila Amzah Melalui WhatsApp Selepas 34 Tahun Kahwin, Ini Profil Penyanyi Veteran ND Lala

Gempak
09/08/2023
02:56 MYT
Nama Dato ND Lala dalam kalangan generasi muda mungkin hanya dikenali sebagai bapa kepada penyanyi Shila Amzah.
Ironi, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh adalah seorang pelaku seni veteran yang sangat terkenal sekitar tahun 80-an sehingga awal 90-an.
Berita pernikahan dengan isteri, Datin Fauziah Sarman yang kecundang setelah berkahwin selama 34 tahun telah membuat ramai yang ingin tahu siapakah ND Lala.
BACA: 34 Tahun Kahwin, ND Lala Akhirnya Ceraikan Isteri Melalui WhatsApp
BACA: Datang Sebentar, ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis Selepas Akad Nikah Shila & Ubai
BACA: Status Rumah Tangga Masih Tanda Tanya, Isteri ND Lala Mohon Jangan Tunjuk Muka Simpati - “Kalau Nampak Muka Sedih Kalian, Saya Akan…”

Berikut antara fakta mengenai ND Lala;

ND Lala memulakan karier dalam bidang seni pada awal 1980-an dan masih aktif sehingga kini. Menariknya, beliau bukan hanya popular sebagai penyanyi tetapi juga mencipta nama sebagai pelakon dan pengacara televisyen.
Berumur 62 tahun, ND Lala lahir di Perak sebelum menghabiskan hampir keseluruhan masanya di Kuala Lumpur sebagai usahawan dan pelaku seni.
Antara lagu popular milik ND Lala adalah Cok Cok Kendung, Diari YB, Zapin Berharap, Mat Tahir Mata Air dan Alah Emak Kahwinkan Aku.
Sebagai pelakon, ND Lala sangat terkenal dengan filem lakonannya Jejaka Perasan yang diterbitkan pada tahun 1986. Filem arahan A.R Badul itu turut dibintangi oleh Badul sendiri, Salleh Yaacob dan Liza Abdullah.
ND Lala dan Fauziah Sarman telah berkahwin pada tahun 1989 selepas sama-sama terlibat dalam program Mekar Sejambak di Radio Televisyen Malaysia. Hasil perkahwinan selama 34 tahun, pasangan ini dikurniakan empat orang anak.
Shila Amzah adalah anak sulung hasil perkahwinan ND Lala dan Fauziah yang dilabelkan sebagai pasangan bahagia atau sweet couple kerana sering dilihat harmoni dan bersama dalam kebanyakan kemas kini seperti foto atau ucapan manis yang disematkan dalam ruangan kapsyen di media sosial peribadi masing-masing.
Pada April 2023, keharmonian rumah tangga yang dibina selama tiga dekad mula bergoyang. ND Lala digambar sebagai curang oleh Fauziah dengan seorang wanita muda.
Lebih parah, isterinya turut mendedahkan wajah wanita yang dikatakan telah menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangganya dengan ND Lala dengan menulis pada kapsyen: ‘Penyondol...Siti Munirah Abdul Ghani ndlalaofficial’.
Shila Amzah kemudian mendedahkan kepada media wanita tersebut atau Munirah merupakan sahabat zaman persekolahan dan memang rapat dengan ibunya, Fauziah. Munirah sama usia dengan Shila iaitu 33 tahun.
Situasi rumah tangga mereka terus menjadi tanda tanya sehingga ada yang mendakwa ND Lala telah berpoligami dengan Munirah. Ada juga yang mendakwa ND Lala dan Fauziah telah bercerai.
Anak bongsu ND Lala, Nur Syuhada atau Syada pula mendedahkan bapanya sudah lama tidak pulang ke rumah termasuk tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
ND Lala dilaporkan telah pulang awal selepas selamat menikahkan Shila Amzah dengan pasangannya, Ubaidillah Mohd Zulkefli pada 5 Ogos lalu.
Spekulasi tentang pergolakan rumah tangga ND Lala dan Fauziah akhirnya terjawab apabila mengumumkan telah rasmi diceraikan selepas 34 tahun menjadi suami isteri.
Fauziah menerusi sebuah entri yang panjang menjelaskan ND Lala melafazkan cerai ialah pada 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) dengan lafaz kedua melalui WhatsApp.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Gaya Hidup

4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

gempak
05/10/2024
14:55 MYT
Dr. Martens terus mencipta sejarah melalui edisi terbaharu Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
Hiburan

"Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

gempak
05/10/2024
14:00 MYT
Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.
Viral

Bapa Durjana Jual Anak Berharga RM4,000 Kepada Pasangan Tanpa Zuriat

gempak
05/10/2024
11:45 MYT
Seorang lelaki berusia 36 tahun bersikap kejam apabila tergamak menjual bayinya kepada pasangan berkahwin lain yang sudah lama menantikan zuriat.
Viral

Lelaki Perempuan Bergaul Bebas, Dakwa Ada Roh Rasul Dalam Diri, Ajaran Cahaya Disekat!

gempak
05/10/2024
09:30 MYT
Mengaku di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat.
BorakSeeni