Laman Utama
Status Rumah Tangga Masih Tanda Tanya, Isteri ND Lala Mohon Jangan Tunjuk Muka Simpati - “Kalau Nampak Muka Sedih Kalian, Saya Akan…”
Kemelut rumah tangga penyanyi Datuk ND Lala dan isterinya iaitu Datin Fauziah Sarman sehingga kini masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Malah ketiadaan ND Lala bersama keluarganya ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri turut mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.
Bagaimanapun menerusi perkongsian Fauziah di Instastory, dia memohon agar ahli keluarga, sahabat dan sesiapa saja yang mengenali untuk tidak menunjukkan reaksi sedih ketika berjumpa dengannya.
“Pada keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa di luar sana yang mengenali saya. Kalau terjumpa saya tolong jangan buat muka sedih.
“Kalau saya nampak muka sedih kalian saya akan menangis. Sedekahkan saya senyuman paling manis, saya akan senyum pada anda,” luah Fauziah.
Terdahulu, ND Lala didakwa kononnya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang difahamkan adalah rakan kepada anaknya iaitu penyanyi Shila Amzah semasa dibangku sekolah.
Kehadiran Fauziah ke mahkamah dipercayai bagi memfailkan perceraian sekitar awal April lalu turut menguatkan lagi spekulasi mengenai rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, anak bongsunya, Syada Amzah mengesahkan kehadiran ibunya ke mahkamah namun bukan bertujuan untuk memfailkan permohonan cerai seperti yang didakwa.
Must-Watch Video