Personaliti media sosial, Chazynash mengundang perhatian ramai apabila memakai gelang bewarna merah jambu ketika makan di sebuah restoran baru-baru ini.

Malah, Nash juga berkongsi video menunjukkan kelakuannya itu beserta permohonan maaf menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat pelanggan lain di sekeliling Nash kelihatan risau dan mula merakam tindakannya itu menggunakan telefon pintar masing-masing.

Namun rupa-rupanya, apabila seorang individu menghampiri Nash dan melihat gelang itu, ia hanyalah gelang yang dipakaikan oleh isterinya untuk mengelakkan dia keluar rumah, bukan gelang yang diberikan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lantas, pelanggan lain di restoran itu turut mentertawakan perkara tersebut.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Nash berasa terhibur dengan bahan jenaka yang dipaparkan itu.

Pada masa yang sama, ada juga yang merasakan jenaka itu tidak bersesuaian kerana mengaitkan isu sensitif dan kesihatan.

"Kau ingat ni satu gurauan ke? Nanti makin ramai buat benda ni satu lawak!

"Steady.

"Take this video down, benda sensitif macam ni tak sesuai dijadikan bahan jenaka.

"Lagi takut nak kahwin macam ni," tulis beberapa pengikut.

15/9/2020 - Sorry semua ??

A post shared by Chazynash (@chazynash) on