,
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

Umirah Halim
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.

Buat laporan polis dan MCMC

Bukan itu sahaja, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu menjejaki akaun yang telah dinyahaktifkan individu tersebut.
“Saya dah pun buat laporan dengan pengkuatkuasa polis dan MCMC terhadap beberapa individu yg terbabit yang di temani lawyer.
“Surat saman terhadap mereka akan menyusulz Walaupun ada yang deactivate akaun, itu tak jadi masalah, pihak polis dan jugak pihak MCMC akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada saya,” katanya ketika dihubungi Gempak.

BERITA TRENDING: Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

​BERITA TRENDING: Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam
Sementara itu, Che Ta juga menjelaskan tujuan dia mengambil tindakan ini adalah untuk mendidik pengguna media sosial supaya tidak melemparkan komen negatif kepada individu lain dengan sewenangnya.

“Tujuan saya mengambil tindakan ni adalah untuk mendidik pengguna social media supaya jadi lagi berhemah dan berfikir sebelum comment atau buat content.

“Jangan ingat kalau guna private account atau akaun palsu pihak berkuasa tak dapat cari siapa pemilik sebenar account! I akan cari sampai ke lubang cacing!
“Pengguna sosial media di malaysia ni perlu jadi cerdik dan jangan sewenang-wenangnya nak komen!
“Bukan semua benda boleh jadi gurau isu-isu melibatkan kanak-kanak maruah wanita atau agama kena buka akal sebelum buat comment!,” tegasnya.

BERITA TRENDING: "Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura,

​BERITA TRENDING: Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti
Berang dan kecewa dengan perbuatan itu, Che Ta turut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada individu berkenaan.
“Saya menuntut permohonan maaf dari mereka, video permohonan maaf di semua platform” jelasnya lagi.
Terdahulu, Che Ta ‘naik hantu’ selepas seorang netizen dikatakan menghina Aaisyah dengan menyamakan baju dipakai seperti pelacur dan tidak layak menerima wang hantaran tinggi.
Komen tersebut muncul selepas sebuah akaun TikTok memuat naik video Aaisyah menggunakan tajuk yang mengundang salah faham netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar