Laman Utama
Che Ta Terkilan Akaun Instagram Anak Dengan 1.5 Juta Followers ‘Lesap’ - “Tak Kisah Hilang Followers, Tapi…”
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui terkilan apabila Instagram ‘menarik’ semula akaun milik anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang dahulu mempunyai sekitar 1.5 juta pengikut.
Che Ta berkata, hal tersebut berlaku gara-gara peraturan Instagram yang melarang individu yang berusia 12 tahun ke bawah untuk menggunakan platform media sosial berkenaan.
“Sebenarnya, IG Aaisyah ni diambil semula oleh Instagram, sekitar Mei. Mereka ingat Aaisyah sendiri yang uruskan akaun itu. Salah kami juga sebab tak letak ‘managed by mom’ or ‘managed by dad’ pada ruangan bio.
“Kami dah cuba pelbagai cara untuk dapatkan semula akaun Aaisyah. Dah tunjuk profil Instagram kami berdua, tunjuk bukti gambar pasport… tapi semua tidak berhasil.
“Saya sedar tentang hal ini bila saya tak lepas nak upload gambar raya. Masa tu, Instagram minta masukkan tarikh lahir. Saya pun masukkan tarikh lahir Aaisyah dan terus disekat. Katanya, kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh guna Instagram,” katanya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara, Che Ta ternyata sedikit sedih kerana Instagram tersebut tidak lagi boleh diakses dan gambar-gambar yang telah dimuat naik hilang begitu sahaja.
“Saya tak peduli pasal followers. Tak kisah pun kalau dapat balik followers 0, asalkan gambar-gambar masih ada. Semua benda kami letak di IG Aaisyah.
“Moral of the story, kita tidak boleh bergantung sangat pada orang, iaitu dalam kes ini Instagram. Bila-bila masa sahaja mereka boleh ambil semula.
“Kadang-kadang kita upload gambar terus ke Instagram dan tiada simpanan. Banyak gambar-gambar Aaisyah yang dah tiada dalam simpanan kami,” katanya lagi.
Che Ta kini membuka akaun Instagram baharu untuk Aaisyah dan dalam masa dua jam, Aaisyah telah menerima lebih 13 ribu pengikut.
Must-Watch Video