Hiburan
Chef Wan Dedah Bagi Elaun Hingga RM3,000 Kepada Adik Beradik
“Biar mati miskin, tapi ingat nak buat kebajikan. Biar kita mati miskin, biar kita kurang harta tapi kita lebih kebajikan…”
Begitu seloroh cef selebriti, Datuk Chef Wan yang menyifatkan bukan masanya lagi untuk beliau mengejar hal berkaitan duniawi.
Elaun
Sebaliknya, jelas bapa kepada pelakon Serina Ridzuawan itu, hidupnya kini lebih kepada ingin memberi tumpuan kepada akhirat. Termasuk kerja-kerja kebajikan.
"Adik beradik pun I bagi elaun. We all semua ada. You tanya adik beradik I semua. Seorang RM3,000 seorang RM2,000 tanya semua.
"After my mother meninggal semua dapat termasuk bekas isteri. I adik beradik jaga. For me I very balance.
"Tadi pun pekerja I kata banyak chef bagi.Tapi i kata tak apa sedekah," katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerana Fitnah Bekas Menantu, Chef Wan Diarah Bayar Ganti Rugi
ARTIKEL BERKAITAN: Komen Terhadap Gaun Aishwarya Rai Hanya Gurauan, Chef Wan Tak Ada Niat Hina Agama Hindu
ARTIKEL BERKAITAN: Polis Siasat Chef Wan Kaitkan Gaun Aishwarya Rai Dengan Thaipusam
ARTIKEL BERKAITAN: Chef Ammar Sebak Kenang Waktu Susah, Pernah Minta Bantuan Dari Haiwan – “Satu Hari Saya Minta Tolong Dari Kucing..”
ARTIKEL BERKAITAN: "Selalunya Orang Paling Rapat Akan Rampas Hak Kita, Suami Kita... Pesan Saya Hati-Hatilah" - Che Ta
Tambah Chef Wan, segala kesenangan yang diperolehnya sebelum ini adalah lebih baik diberikan kepada rumah kebajikan yang memerlukan.
"Tapi nak kena cari yang betul-betul macam orang susah, cacat, buta rumah orang-orang tua," ringkas Chef Wan.
Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 65, atau mesra disapa Chef Wan sebelum ini disahkan menghidap kanser limfoma.
Chef Wan didiagnos menghidap kanser itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital petang tadi.
Sumber: Instagram Maskulin