,
Berita

Kerana Fitnah Bekas Menantu, Chef Wan Diarah Bayar Ganti Rugi

Gempak
21/06/2024
01:44 MYT
Mahkamah Rayuan pada Khamis memerintahkan cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh berhubung penerbitan berunsur fitnah terhadap O’Luanaigh di platform media sosial.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan O'Luanaigh untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat oleh chef itu tidak memfitnah O'Luanaigh.

Fitnah

Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Azizah memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O'Luanaigh dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Beliau juga memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah bekas menantunya.
Beliau juga memerintahkan Chef Wan membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.
Semasa menyampikan alasan penghakiman, Hakim Wong berkata, mahkamah mendapati bahawa hantaran dalam laman sosial Instagram dan Facebook oleh Chef Wan telah memfitnah O’Luanaigh.
Beliau juga berkata, chef itu telah melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap O'Luanaigh.
O'Luanaigh yang merupakan seorang warganegara British memeluk Islam pada 20 November 2006 dan menggunakan nama Salahudin Ghafffar.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Siasat Chef Wan Kaitkan Gaun Aishwarya Rai Dengan Thaipusam

ARTIKEL BERKAITAN: Komen Terhadap Gaun Aishwarya Rai Hanya Gurauan, Chef Wan Tak Ada Niat Hina Agama Hindu

ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: "Trend Pakaian Pengantin Wanita Islam Mencolok Mata Bercanggah Agama" - Mufti Pulau Pinang

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!

Dia berkahwin dengan anak Chef Wan, pelakon Serina Redzuawan pada 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2017.
Dia memfailkan saman itu pada Februari 2021 dengan mendakwa bahawa lapan hantaran media sosial oleh bekas bapa mertuanya mengenai dia dan isterinya sekarang dan memfitnah mereka.
Dalam pernyataan pembelaannya, Chef Wan berkata, kenyataan yang disiarkan dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat jahat. Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebahagiannya membenarkan tuntutan O'Luanaigh untuk injunksi bagi menghalang bekas bapa mertuanya daripada menerbitkan sebarang dakwaan libel dan palsu terhadapnya.
Hakim Rozi Bainon turut memerintahkan Chef Wan menurunkan kelapan-lapan hantaran berkenaan yang menjadi subjek dalam tuntutan saman fitnah tersebut.

Hakim, bagaimanapun, berpendapat bahawa kenyataan yang disangkal itu tidak memfitnah O'Luanaigh dan tidak diterbitkan dengan niat jahat.

O’Luanaigh diwakili peguam Nur Khidmah Huzaisham dan Nur Dalilah Zainol Abidin manakala Datuk M. Reza Hassan mewakili Chef Wan.
Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adira Jawab Dakwaan Bersekedudukan Dengan Datuk Red Gara-Gara Sering Live Bersama – “Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal”

gempak
16/10/2024
02:45 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi tampil menjelaskan dakwaan dia dan bekas suami iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red tinggal serumah biarpun dudah berpisah.
Hiburan

“Tak Logik, Kesian Uqasha Selalu Jadi ‘Mangsa’” - Kamal Adli Ulas Dakwaan Isteri Pukul Pembantu Peribadi

gempak
13/10/2024
02:49 MYT
Pelakon, Kamal Adli menepis dakwaan mengaitkan isterinya mengasari bekas pembantu peribadi.
Hiburan

Rosyam Nor Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah Amin & Fazura Ke Mahkamah - “Korang Tunggu…”

gempak
10/10/2024
05:55 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor, 56, bakal mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan nama dan imejnya untuk bersuara mengenai rumah tangga selebriti Fattah Amin dan Fazura.
Hiburan

Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

gempak
08/10/2024
03:55 MYT
Bekas kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sekali lagi memuat naik hantaran menyatakan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap satu pihak.
Hiburan

Intan Najuwa Berang Difitnah Pernah Keluar Kenyataan ‘Tutup Aurat Tak Jamin Syurga’ - “Saya Tak Pernah Cakap Ayat Ni…”

gempak
04/10/2024
10:38 MYT
Pelakon, Intan Najuwa naik berang apabila telah menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab .
BorakSeeni