Hiburan

"Cheq Penah Try Olive Oil Lah, Serum Lah, Takdak Jadi Apa Pon. Mohong Ja" - Faezah Elai Kongsi Rahsia

gempak
Badrul Hashim
15/01/2021
09:41 MYT
Sponsor Banner
"Cheq Penah Try Olive Oil Lah, Serum Lah, Takdak Jadi Apa Pon. Mohong Ja" - Faezah Elai Kongsi Rahsia
Pelakon dan usahawan Faezah Elai sering ditanyakan soalan tentang bulu matanya yang lentik. Malah ada yang mendakwa dia memakai bulu mata palsu.
Dalam satu perkongsian video di Instagram miliknya, Faezah berkongsi tentang rahsia sebenar mempunyai bulu mata yang panjang dan lebat.
"Haaa tediaa muka besaq periuk nasi minyak kenduri. Dak lani nak habaq kat ampa yang dok dm tanya pasai bulu mata cheq, haa ni nak habaq kejadian sebenaq sebab ni bukan Ig review. Mula malaih ank share tapi nak jawab dm satu-satu penat jugak. So ni buat bideo teroih lah.
"Dulu bulu mata tak berapa nak ada sebab masa shoot kena pakai bulu mata so gam bulu mata tu bila tarik nak bok keluaq akan tercabut sekali. So tinggai lah 4 5 helai ja," tulis Faezah pada entri tersebut dalam loghat Utara.
Menurut Faezah, dia pernah mencuba pelbagai serum untuk menumbuhkan kembali bulu matanya yang tercabut, tetapi tidak menjadi seperti janji pada produk tersebut.
"Cheq penah try olive oil lah, ada serum eyelash yang 20 hinggit ka 30 hinggit. Hurmm takdak jadi apa pon. Mohong ja. Ni habaq sungguh ni. 5 ka 6 botoi pakai tak jadi apa. Buat pedih mata ja. Oil klu masuk mata ampa tau lah jadi apa kan," tulisnya lagi.
"So cut the story short,cheq try yang ilashfood lashserum ni sebab konon US punya formullation omputih kan pandai buat benda2 ni. Try2 jadi sungguh. Mula2 tak perasan sampai makeup artist ada tegoq. Ni memang jadi," tulis Faezah Elai lagi.
Menurut Faezah lagi, selepas itu dia tidak lagi memakai bulu mata palsu kerana bulu mata asalnya lebih panjang daripada yang palsu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live