Laman Utama
Ciapan Fazura 10 Tahun Lepas Guna Blackberry Pula Jadi Sohor Kini! Kenapa Tu?
Selepas ciapan mencari lemang, ciapan berusia 10 tahun lalu milik aktres jelita Nur Fazura pula menjadi trending di Twitter.
Tweet yang tular itu pada asalnya disiarkan Fazura sendiri sekitar 25 Julai 2011 menggunakan telefon pintar BlackBerry yang pernah popular ketika itu.
Malah kandungan tweet bintang filem Pisau Cukur itu juga menjadi perhatian warganet sejak beberapa hari lalu.
Tulis Fazura; "I can spot a fake Louboutin. I can spot a fake Chanel and I can definitely spot a fake B*tch ;)"
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak dapat dipastikan punca ciapan itu kembali menjadi sohor kini, namun yang pasti pengguna media sosial itu seakan-akan teruja dengan kenyataan yang ditulis Fazura.
Berikut antara komen yang ditulis menerusi ciapan yang tular itu:
@faisalzulkar9la; "Saya dari masa depan... dan akak cakap tu memang betul."
@confusedbotani1; "This post aged so well. *chef kiss*"
@rayyanraufael; "Bring this back! Yas"
@fizli83; "Yooo blast from the past"
Beberapa hari lalu, ciapan Fazura yang ingin mencari juadah kegemarannya iaitu lemang menjadi antara topik viral di Twitter.
Tampil menjelaskan perkara terbabit, kata Fazura dia sendiri terkejut dan tidak menyangka hasratnya untuk menjamah lemang pada bulan Ramadan heboh diperkatakan ramai.