HIBURAN

Cik Epal Dedah Gelaran Chef Pizza Jofliam Tak Diiktiraf - “Cara Dia Dapat Tu Macam Semua Orang, Asal Ada Duit”

Mya Amri 05/03/2025 | 14:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Cik Epal mendedahkan gelaran Cef piza yang digunakan oleh bekas suaminya, Jofliam tidak diiktiraf.

Gelaran cef pizza tak diiktiraf

Cik Epal menerusi hantaran di ruangan Insta Story miliknya mengakui dia sendiri berasa ragu semasa Jofliam memberikan penerangan mengenai gelaran tersebut.

“Di samping terpaling peguam dan terpaling hakim. Terpaling chef ini tak diiktiraf pun sebagai Chef. Cara dia jelaskan dia dapat chef dengan aku dulu pun banyak benda yang aku nak pertikaikan.

“Cuma aku layan sahaja dulu. Kang aku pertikaikan, dia akan menengking aku. Aku ni maleh nak gaduh.
“Padahal macam aneh je macam mana dia dapat tittle chef tu.
“Cara dia dapat chef tu macam semua orang, dengan senangnya boleh dapat chef, asal kau ada duit tau. Macam senang nau nau,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pizza Jofliam Wakil Malaysia Bertanding Di Itali, Dapat Top 4 Daripada 50 Seluruh Negara!

ARTIKEL BERKAITAN:Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Suruh Dewi ‘Resign’ Selepas Dikaitkan Dengan Isu Rumah Tangga Jofliam & Cik Epal - “Kau Itu Isteri Orang, Patutnya…”

ARTIKEL BERKAITAN:EKSKLUSIF: “Dewi Pekerja Baik, Kalau Saya Pecat Dia Orang Lain Gembira, Tapi Saya Tidak..” - Jofliam

ARTIKEL BERKAITAN:“10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam

Terdahulu, Jofliam terkenal dengan penjualan piza Wagyu dengan harga RM150.
Sebelum ini, Jofliam pernah menyertai pertandingan Tutto Pizza di Napoli dan menjadi rakyat Malaysia pertama bertanding pada acara tahunan itu bersama dua rakannya dari Itali, Salavatore Mill dan Vincenzo Di Nuzzo.
#Pizza #Gelaran #Jofliam #Cik Epal #Pizza Wagyu