Setiap daripada kita pasti ada kenangan zaman persekolahan yang tak dapat dilupakan sampai sekarang.

Sama seperti pelakon Faezah Elai yang berkongsi kisah lucunya bersama guru Bahasa Melayu ketika di bangku sekolah.

Kata Faezah, dia pernah 'diugut' gurunya untuk mencungkil biji matanya kerana terlupa bawa buku ke sekolah.

"Hakak dok kalutlah dengan hal sekolah anak-anak. Dulu zaman hakak kecil, mak hakak tak kalut pun, dia hantar sekolah lepas tu mampoih hanglah!

"Yang depa tau kalau exam tak bagus depa bagi kambey! Elok ja semua kami adik-beradik besar.

"Ingat lagi masa sekolah dulu cikgu BM dia nak korek biji mata hakak nak tauk bagi anjing makan sebab lupa bawa buku.

"Sampai lani hakak dok fikir, sejak bila anjing makan mata orang?

"Balik habaq kat mak pak, depa pula kata jangan sampai aku kerat hang bagi tulang hang kat anjing.

"Why why why they need to threaten me like that? Why you need to involve a dog in this matter?

"I miss the old memories.. Walaupun depa nak korek biji mata cheq," tulisnya panjang lebar.

Hakak dok kalut lah ngan hal sekolah anak2.. Dulu time hakak kecik,mak hakak tk kalut pon,dia hantaq pi sekolah,pastu mampoih hg lah! Yg depa tau klu exam tk baguih depa bagi kambey!! ?? elok ja semua kami adik beradik besaq.. Ingat lg masa sekolah dulu cikgu BM dia nk korek biji mata hakak nk tauk bg anjing mkn.. sbb lupa bwk buku.. sampai lani hakak dok pikiaq,sejak bila anjing mkn mata org.. haihh.. Balik habaq kt mak pak,depa pulak kata jgn sampai aku kerat hg bg tulang hg kt anjing.. ? Why why why they need to threaten me like that??!! Why u need to involve a dog in this matter??!! . I miss the old memories.. Hahahahaha walaupon depa nk korek biji mata cheq.. ? . My tudung from @properhijab . #kisahAkuMataDanAnjing #penangites #ootd #myootd #fashion #myfashion #properhijab #faezahelaiootd #ootdfaezahelai #mystyle #muslimahfashion #faezahelai #influencer #feelingblessed #alhamdulillah #lovelovelove

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on


Perkongsian Faezah itu menarik perhatian netizen untuk berkongsi kisah menarik zaman persekolahan masing-masing.

Apa pula kenangan zaman persekolahan korang?