Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskanda berkenan mengurniakan cincin khas sebagai kenangan buat kakitangan istana.

Perkara itu dikongsi baginda menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan semalam.

Menurut kenyataan itu, Sultan Ibrahim memberitau baginda mendapat ilham itu melalui hobi baharu iaitu membuat batu cincin daripada sejenis spesies siput.

“Almarhumah bonda saya pernah kurniakan satu cincin sebegini ketika saya muda dan kini saya turunkan ia kepada (DYAM) Tunku Mahkota.

“Beberapa ketika dahulu, saya terjumpa siput yang sama dihidangkan dalam santapan saya, jadi saya telah mendapat batunya dan mengilatkannya sendiri.

“Lalu saya fikir ini boleh menjadi satu cenderahati yang sangat bermakna untuk kakitangan saya,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO), semalam.

Difahamkan, batu-batu untuk setiap kakitangan telah dipilih dan digilap sendiri oleh Baginda Tuanku Sultan sebelum dibentuk oleh tukang emas peribadi Baginda.

Baginda Tuanku Sultan juga bercadang untuk menggunakan batu-batu berkenaan sebagai perhiasan kancing Baju Melayu, ‘cufflink’ dan pin tali lehernya.

Sementara itu menerusi ruang komen di Facebook Sultan Ibrahim, rata-ratanya meluahkan rasa kagum tentang kebolehan baginda menghasilkan cincin.

Kebanyakannya menganggap kakitangan istana Johor cukup bertuah kerana menerima hadiah hasil tangan baginda
.