Laman Utama

Cinta Antara 2 Darjat! Adakah Kemiskinan Danny Antara Punca Hubungannya Goyah? Jangan Lupa Saksikan Gossip Girl Indonesia!

gempak
Hanafis Haris
19/02/2022
08:25 MYT
Sponsor Banner
Cinta Antara 2 Darjat! Adakah Kemiskinan Danny Antara Punca Hubungannya Goyah? Jangan Lupa Saksikan Gossip Girl Indonesia!

Cinta antara dua darjat! Mungkin itu konflik yang menyelubungi episod dua Gossip Girl Indonesia yang ditayangkan Isnin lalu.

Menerusi episod berkenaan, banyak drama yang berlaku terutama membabitkan watak Blair, Serena dan Danny.

Untuk hubungan Blair dan Serena, pergaduhan mereka diteruskan apabila Serena sekali lagi ‘kantoi’ bertemu Nathaniel dalam bilik kepunyaan Chicco.

Bagi Serena dan Danny pula, hubungan mereka yang baru mula berputik itu mula goyah apabila difitnah oleh Blair.

Malah, Danny sendiri menyatakan hubungan istimewa tersebut sebenarnya tidak pernah tercetus. Malang buat Serena!

Namun, apakah yang bakal terjadi kepada kesemua konflik ini? Pastinya episod tiga yang ditayangkan Isnin depan bakal merungkai segala drama yang berlaku.

Jadi, nantikan episod tiga yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024