Viral
Cinta Bukan Segala-Galanya, Dr. Sheikh Muszaphar Beri 4 Nasihat Cari Pasangan Hidup... "Cerdik & Sihat Itu Kriteria Tambahan"
"Cinta bukanlah segala-galanya untuk mencari pasangan," itu foto yang dikongsikan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sempena lebaran tahun ini.
Namun, foto itu bukan kosong semata-mata bahkan beliau sempat kongsikan empat kriteria untuk mencari pasangan.
Kata Sheikh Muszaphar, kecantikan, agama, keturunan dan kekayaan menjadi asasnya.
"Untuk mencari pasangan empat kriteria perlu dipandang iaitu kecantikannya, kekayaannya, agamanya dan keturunannya.
"Agama menjadi perkara pertama dan kriteria selanjutnya akan menyusul.
"Ada juga kriteria tambahan pada yang saya sendiri ambil kira iaitu kecerdikannya dan kesihatannya," kongsinya.
Jelas Sheikh Muszaphar, ketika bertemu isterinya, Dr. Halina, budi pekerti wanita itu terlebih dahulu menambat hatinya.
"Tapi bukan itu yang saya perhatikan. Saya melihat lebih daripada itu.
"Dia punyai empat adik-beradik semuanya doktor, ibu bapanya antara individu yang saya hormati.
"Bahkan, saya mengambil tempoh masa 8 tahun untuk berkahwin dengannya memandangkan terikat dengan program angkasawan," ceritanya lagi.
Perkara pokok yang ingin disampaikan Sheikh Muszaphar, perkahwinan adalah pilihan yang penting dalam hidup.
"Ia bukan sekadar cinta, ia melibatkan kedua-dua belah keluarga. Setiap pasangan perlu tahu tanggungjawab masing-masing dan berkompromi.
"Terima baik buruk pasangan kerana akan ada liku-liku hidup pada masa mendatang.
"Saya api dan Dr. Halina air yang melengkapi satu sama lain," tambahnya yang turut menasihati orang ramai untuk bermaaf-maafan sepanjang masa bukan hanya ketika hari raya.
Sheikh Muszaphar dan Halina telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata.
Must-Watch Video