HIBURAN
Cinta Kembali Bertaut, Sufian Suhaimi Rancang Nikahi Kekasih Tahun Ini - “Kalau Boleh Tak Nak Lama-Lama Sangat Bercinta”
Penyanyi, Sufian Suhaimi mengesahkan hubungannya kembali bertaut bersama kekasihnya, Rania selepas putus pada 2023.
Rancang kahwin tahun ini
Malah kata Sufian, 33, dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.“Kami dah bersama sejak hujung tahun lalu dan hubungan kami pun sangat baik.
Sufian berkata demikian ketika ditemui Rumah Terbuka Ritma Riang Raya 2025 Rusa MVM Music, pada Selasa.“Masing-masing tengah membina kerjaya dan saya pun ada banyak lagi perancangan dari segi keluarga dan perniagaan. Saya pun akan lebih serius dalam muzik. "Bina masjid pun sebahagian dari rancangan juga. Apa yang penting kami berdua ada dalam tujuan sama," ujarnya.
Enggan bercinta terlalu lama
Tambah Sufian lagi, dia enggan menjalinkan hubungan cinta terlalu lama selain memaklumkan niat untuk berkahwin demi tuntutan agama."Tak ada orang yang 100 peratus bersedia nak berkahwin, jadi suami atau seorang bapa. Tengok pada niat kita sebenarnya nak tamatkan zaman bujang ini sebab apa.“Saya rasa dah jadi wajib untuk saya berkahwin. Kalau kahwin tahun ini pun ‘on’ (setuju). ”Kalau boleh tak nak lama-lama sangat bercinta. Saya rasa kalau kita dah merancang, benda itu boleh laksanakan dalam masa yang singkatlah, insya-Allah
“Bukan sebab nak seronok semata-mata, lebih kepada melunaskan tuntutan agama," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat Kembali Berkasih, Nafi Orang Ketiga Jadi Punca Perpisahan - “Bersedia Berkahwin Tetapi…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Masya-Allah Sayangku" - Sufian Suhaimi Kongsi Foto Bekas Kekasih Buat Netizen Berteka-Teki Status Hubungan
ARTIKEL BERKAITAN:Sufian Suhaimi Bersedia Dengan Pertanyaan Soal Kahwin - “Mungkin Segelintir Orang Akan Rasa Sensitif, Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Hasrat Sufian Suhaimi Nak Kahwin Tak Kesampaian - “Mana Ada Orang Nak Perdagangkan Cinta…”
Tiada manusia sempurna
Ditanya sekiranya kembali mengikat kasih dapat mematangkannya, Sufian berkata tiada manusia sempurna dan segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan."Kalau gunakan rezeki itu sebaik mungkin, kalau rezeki jodoh tahun ini saya akan laksanakan tanggungjawab saya dengan sehabis baik," ujarnya."Bagi saya, tiada yang sempurna. Semua yang berlaku sudah ditulis, Allah yang tentukan. "Kita sebagai manusia terutama sekali Muslim, buat yang terbaik. Kita dah diberikan rezeki.
Terdahulu, awal Januari lalu, Sufian memuat naik foto bersama Rania dalam media sosial dan meletakkan emoji hati.
Hantaran tersebut sekali gus menguatkan spekulasi bahawa kasih mereka kembali bertaut selepas dikatakan berpisah pada April 2023.
Must-Watch Video