Hiburan

Sufian Suhaimi Bersedia Dengan Pertanyaan Soal Kahwin - “Mungkin Segelintir Orang Akan Rasa Sensitif, Tapi…”

gempak
Asyikin Mayudin
12/04/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Sufian Suhaimi Bersedia Dengan Pertanyaan Soal Kahwin - “Mungkin Segelintir Orang Akan Rasa Sensitif, Tapi…”
Penyanyi Sufian Suhaimi memberitahu dia sudah bersiap sedia dengan soalan mengenai kahwin daripada saudara mara di Hari Raya Aidilfitri nanti.

Anggap Gurauan & Modal Berborak

Tidak akan mengambil hati dengan pertanyaan itu, Sufian berkata dia menganggap pertanyaan itu sebagai satu bentuk gurauan dan modal untuk berborak.
"Soalan bila kahwin itu sudah pasti ada ditanyakan daripada mak cik saudara, atuk saudara dan saudara mara lain. Tapi bagi saya itu sekadar modal orang tua yang nak ajak berborak.
"Saya tidak rasa marah pun, layan kan sahaja borak mereka. Selalu saya akan jawab ‘Insya-Allah lepas raya'. Soalan fasal jodoh dah jadi soalan lazim, tak pernah pun nak terasa hati.
“Mungkin segelintir orang akan rasa sensitif, tetapi tidak pada saya. Jodoh itu rezeki, mungkin rezeki saya untuk ada jodoh lambat sikit,” kata Sufian.

Pulang Ke Kampung Seminggu Sebelum Raya

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Dimatamu itu memaklumkan dia sudah pulang ke kampung halaman di Muar, Johor seminggu sebelum Lebaran untuk membantu persiapan hari raya.
"Sama seperti tahun-tahun lalu, saya pulang beraya di Muar. Tapi dah balik seminggu awal sebelum raya. Tolong ibu dengan ayah apa yang patut.
"Tolong kemas rumah, pasang langsir dan menu wajib laksa johor kena ada pagi raya,” ujarnya.
Terdahulu, Sufian mengesahkan hubungan cinta dengan kekasih hati bernama Rania Al Sadat sudah berakhir.
Kata penyanyi itu, keputusan tersebut dibuat secara bersama oleh kedua-dua belah pihak selain menyatakan cincin risik juga sudah dipulangkan.
Dalam perkembangan lain, Sufian telah melancarkan lagu raya baharu berjudul Jom Pulang Raya.

BERITA TRENDING: Hasrat Sufian Suhaimi Nak Kahwin Tak Kesampaian - “Mana Ada Orang Nak Perdagangkan Cinta…”

BERITA TRENDING: Dah ‘Unfollow’ Satu Sama Lain, Hubungan Sufian Suhaimi & Rania Berakhir?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024