Pelakon Zul Ariffin mengulas mengenai isu foto sweet bersama pelakon Ruhainies yang menjadi perhatian baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Zul memberitahu dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon dan tidak lebih daripada itu.

“Cinta lokasi itu tidak ada, penat dekat lokasi itu adalah. Kami berdua bekerja. Dia sangat sporting lagi pun ini cerita komedi, kami enjoy kerja bersama.

“Kita anggap bila bekerja ini bukannya nak berseronok, saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon mengikut amanah dan watak yang diberikan.

“Tetapi lebih pada itu... Tidak. Bila dalam kontek bekerja jika anda telah cross the line bagi saya tidak ada apa yang perlu dibanggakan,” jelasnya tegas.

Mengulas mengenai babak berpegangan tangan, ini komen Zul.

“Ini perkara sensitif jadi jika anda tidak mahu menonton jangan ada TV lah.

“Sebagai contoh kalau anda lihat seorang wanita memakai skirt dalam TV pun ia tidak bagus apatah lagi bersentuhan.

“Ini komen simple yang saya boleh bagi. Saya tahu komen ini berbunyi agak kasar tapi ini hanyalah pendapat saya dan saya melakukan kerja saya.

“Saya juga tahu mengenai perkara itu, saya pun tengah kurangkan. Alhamdulillah.

“Sebab itu kalau anda perasan, saya dah kurang ambil tawaran filem atau drama yang mengisahkan tentang cinta dan kita pun bukannya makin muda,” katanya ketika ditemui Gempak.

Terdahulu, foto-foto yang merakamkan kemesraan Zul bersama Ruhaineis ketika membintangi drama Wifi Sebelah Rumah menimbulkan pelbagai persepsi netizen.

Bagaimanapun hakikatnya Zul dan Ruhainies hanyalah sekadar membawakan watak komedi yang diberikan kepada mereka.

Dalam perkembangan terbaharu, Zul merupakan juri tetap bagi program Muzikal Lawak Superstar 2.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.