Gaya Hidup

Cipta Kerusi Khas Demi Anak Istimewa Tercinta, Siapa Sangka Inovasi Kemudahan OKU Jadi Sandaran Rezeki Buat Famili Qhalish

Gempak
20/06/2024
06:55 MYT
Gigih menelaah dan membuat kajian peribadi selama tiga bulan semata-mata mahu menghasilkan kerusi roda khas demi zuriat tercinta!

Kesungguhan Ibu Bapa

Demikian kesungguhan Mohd Noor Syazwan Ab Patar dan isteri, Nur Faradila Ahmad Tarmizy yang mahu anak bongsu yang dikasihi mampu ‘berjalan’ seperti anak normal lain.
Mohamad Qhalish berusia setahun disahkan spina bifida dan sacral agenesis selepas dilahirkan. Lebih menyedihkan, kelainan tersebut menyebabkan lumpuh dari pinggang hingga ke kaki.

Tidak mahu kekurangan diri membatasi pergerakan Mohammad Qhalish atau manja dipanggil Qhalish, pasangan berjiwa besar itu sanggup melakukan sesuatu di luar kotak.

Berbekalkan rujukan internet dan informasi yang dikongsikan keluarga senasib di luar negara, ditambah kepakaran suami yang berpengalaman luas dalam kejuruteraan mekanikal, model pertama berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu dengan kos RM700.

Bukan Mudah Nak Cipta

Cerita Nur Faradila, bukan mudah sebenarnya untuk mereka cipta kerusi roda seumpama itu memandangkan perlu meneliti kesesuaian kerusi khas buat Qhalish.

ARTIKEL BERKAITAN: Basuh Kain, Kemas Rumah & Memasak, Pesara Tentera Laut Tak Kisah Diperli Takut Bini - “Detik Indah Dapat Ringankan Beban Isteri”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Sebak Lihat Anak Gendong Ayah Sakit Naik Ambulan Di Tanah Suci - “Calon Anak Syurga…”

Manakan tidaknya, untuk projek tersebut sahaja sebanyak empat jenis kerusi dengan perbezaan jenis saiz dan material digunakan untuk mencari lekuk punggung dan pinggang yang selesa buat anaknya.
Untuk pemilihan kerusi sahaja sudah memakan modal hampir RM2,000, malah akui bekas penolong pengurus berkenaan, pada awalnya semuanya dibuat oleh suami secara manual.
“Alhamdulillah, kami sudah jumpa tempat khas. Sebenarnya di luar negara memang sudah ada model yang sama, cuma di Malaysia nampaknya belum ada lagi. Mungkin disebabkan kos tinggi.
“Mungkin lepas ini, kami boleh sediakan kemudahan kerusi roda khas yang baharu buat Qhalish dan anak-anak istimewa lain. Inovasi ini akan dipatenkan untuk projek perintis kami nanti,” ujarnya.

Idea Tercetus

Berkongsi kisah penuh inspirasi itu, Nur Faradila memberitahu, idea tersebut sebenarnya tercetus selepas melihat Qhalish berusaha sedaya upaya untuk bergerak meski dengan cara mengesot ketika bermain dengan sepupunya.
“Melihat sepupu yang seusianya sudah boleh berjalan, berlari dan memanjat penuh gembira membuatkan saya rasa perlu lakukan sesuatu supaya anaknya tidak rasa tersisih.
“Qhalish sebenarnya sudah boleh merangkak walaupun agak lambat (masa umur lapan bulan), namun saya percaya dia boleh buat lebih daripada itu,” katanya yang menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Perkembangan Terkini

Berkongsi perkembangan terkini permata syurganya itu, ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu, anaknya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan saraf tunjang.
“Kami sudah seminggu berkampung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan alhamdulillah prosedur berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi meskipun pembedahan mengambil masa sembilan jam.
“Mungkin selepas ini ada lagi prosedur pembedahan susulan memandangkan implan sedia ada barangkali tdak lagi sesuai seiring perkembangan usianya nanti,” tuturnya.

Bangga & Terharu

Apa yang membuatkan Nur Faradila bangga dan terharu apabila melihat semangat juang Qhalish yang cukup tinggi apabila si kecil itu tidak sedikit pun merengek waima ketika mencuci luka pembedahan.
“Walaupun macam itu tapi sangat petah bercakap. Saya tahu Qhalish memang nak sihat cepat. Mungkin rindu nak main dengan kakaknya di rumah,” katanya sebak.
Melihat keutuhan jiwa seorang ibu yang sentiasa bangkit demi cahaya mata tercinta, wanita itu percaya sistem sokongan daripada suami dan keluarga sangat penting.
“Tipulah kalau saya tak lemah dan kesedihan melampau bila doktor sahkan anak tidak normal ketika usia kandungan lima bulan. Sampaikan ada saranan untuk gugurkan anak disebabkan kecacatan itu.
“Mana ada ibu yang sanggup bunuh anak sendiri dan kami mengambil keputusan untuk meneruskan kandungan. Kami percaya setiap ujian yang ALLAH nak bagi mungkin datang dengan hikmah yang tak disangka.
“Percayalah, setiap anak didatangkan dengan rezeki cukup luar biasa. Qhalish misalnya, kami dapat reka kerusi khas dan menjana pendapatan menerusi tempahan yang diterima,” ungkapnya penuh syukur.

Kata-Kata Semangat

Sebelum menutup perbualan, Nur Faradila turut menitipkan kata-kata semangat buat keluarga yang senasib dengannya supaya jangan sesekali menyalahkan takdir dan menidakkan hak seorang anak.
“Hargai setiap rezeki yang ALLAH berikan kepada kita dan percayalah setiap ujian pasti ada sinarnya. Anak kelainan upaya ini sebenarnya membawa 1,000 rahmat dan rezeki.
“Janganlah sembunyikan anak istimewa hanya kerana malu. Sebagai ibu bapa, kita juga perlu mendidik orang supaya lebih peka,” ujarnya yang turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu meringankan beban kos pembedahan buat Qhalish.
Bagi yang ingin menceriakan hidup Qhalish sekeluarga, sumbangan ikhlas boleh disalurkan ke akaun Maybank 162843203359 atas nama Nur Faradila Binti Ahmad Tarmizy.
Sumber - SinarPlus

ARTIKEL BERKAITAN: Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya…

ARTIKEL BERKAITAN: Kedudukan Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga Selepas Siri Persembahan Cemerlang

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih Tengok Keadaan Anak Yana Samsudin, Garu Leher Sampai Berdarah - “Bukan Eczema Tau…”

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 3 Tahun Maut Dikelar Bapa Kandung Ketika Tidur

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ada Yang Pertikai Anak Terlalu Biadap, Zarina Zainuddin: “Tak Payahlah Nak Terajang Azal, Terajang Akak Dulu… Azal Tu Lurus”

gempak
24/03/2024
01:58 MYT
Zarina mengulas mengenai komen wargamaya di platform X baru-baru ini yang mempersoalkan cara Azal yang dianggap biadap terhadap Zarina ketika berbicara.
Laman Utama

Faizal Tahir Kongsi Perkembangan Maryam Selepas Bedah Jantung - “Kami Akan Cuba Untuk…”

gempak
17/10/2023
07:55 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

Zarina Zainuddin Terkedu, Wikipedia Sunting Info Anaknya Orang Gila, Suka Tantrum & Hitam - "Saya Peluk Azal, Saya Kata ..."

gempak
13/10/2022
03:48 MYT
Bertabahlah Zarina, ramai sayang anak istimewa
Muzikal Lawak Superstar 2022

"Habis Yang Berlakon Jadi OKU Tu Macam Mana?" - Ramai Back Up Namie, Plot Twist! Netizen Pula Tegur Ahmad Idham

gempak
29/09/2022
01:27 MYT
Ramai suruh nilai dari segi pengajaran yang UBI bawakan.
Laman Utama

“Ketika Usia 2 Tahun Doktor Sahkan Dia…”- Ahmad Idham Bangga Anak Istimewa Dah Boleh Berjalan!

gempak
30/05/2022
07:38 MYT
Wah bagusnya!