Skip to main content

Sukan Lain

Kedudukan Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga Selepas Siri Persembahan Cemerlang

astrogempak_kedudukan-lee-zii-jia-naik-satu-anak-tangga-selepas-siri-persembahan-cemerlang.png
Advertisement

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki kedudukan ranking beliau ke kedudukan ke-7 dunia pada Selasa.

Ranking Dunia

Menerusi kemas kini terbaru dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Lee Zii Jia yang sebelum ini berada di kedudukan kelapan dunia naik satu anak tangga dan berjaya meraih mata terkumpul sebanyak 78,816 sekali gus menolak kedudukan pemain perseorangan lelaki Thailand, Vitidsarn Kunlavut.

Advertisement

 

Peningkatan ini berdasarkan persembahan cemerlang beliau dalam beberapa siri kejohanan BWF tahun ini yang menyaksikannya menjuarai Toyota Terbuka Thailand 2024, naib juara Perodua Malaysia Masters 2024, dan baru-baru ini sebagai juara Sathio Group Terbuka Australia 2024.

 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement