Pelawak Achey menyifatkan individu yang bekerja sebagai tukang cuci dan pengutip sampah merupakan antara insan yang cukup hebat ketika ini.

Ini kerana, kata Achey, golongan itulah yang sanggup berkorban dengan merisikokan diri mereka kerana sering terdedah dengan segala ancaman penyakit dalam melakukan tugas-tugas pembersihan.

"Tak tahu bangun pagi tiba-tiba rasa tukang cuci dan pengutip sampah adalah kerja yang sangat hebat ketika ini, aku harap gaji mereka juga untuk ketika ini sehebat tugas mereka.

"Setiap kali kau sentuh pemegang pintu, dia akan lap. Bayangkan di hospital ketika ini, berapa kerap orang pegang pemegang pintu tu? Pengutip sampah lagilah, setiap masa terdedah bakteria jahat," luahnya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Setiap kali kau sentuh pemegang pintu.. dia akan lap... bayangkan kat hospital ketika ini... berapa kerap orang pegang door handle tu?... .. Pengutip sampah lagi laa... setiap masa terdedah bacteria jahat... aku dulu nak repair lori sampah pun bersyarat... ini pulak hari2 mengadap apa yang kita buang.. kita buang tau.. bukan kita beri.. .. Moga kalian terus mulia dgn perjuangan ketika ini??? aku nak kutip sampah kat dapur jap...

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


Menurut Achey lagi, dia berharap agar mereka yang sanggup berkorban demi memastikan kita semua hidup dalam persekitaran bersih dan selamat sentiasa dimuliakan.

"Aku dulu nak baiki lori sampah pun bersyarat, ini pulak hari-hari menghadap apa yang kita buang. Kita buang tau..bukan kita beri,"

"Moga kalian terus mulia dengan perjuangan ketika ini. Aku nak kutip sampah kat dapur jap," tulisnya.

Perkongsian Achey itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan Achey.

"Bile waktu-waktu macam ni, keadaan macam ni, baru kita belajar lebih menghargai seseorang yang kita mungkin tak pedulikan sebelum ini. Sebenarnya, tugas mereka sangat mulia.

"Hero yang tak didendang, orang tak nampak hingga wujudnya COVID-19 di Malaysia, baru kita sedar mereka juga hero kita," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumag serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Jangan lupa, saksikan program dan lakonan Achey di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.