Berita gembira buat peminat kumpulan rock popular, My Chemical Romance (MCR)!

Selepas membawa haluan masing-masing pada tahun 2013, MCR akhirnya membuat pengumuman bakal mengadakan persembahan sulung mereka pada Disember depan.

Berita itu diumumkan menerusi laman sosial Twitter rasmi MCR pada Khamis.
MCR memberitahu persembahan mereka akan berlangsung pada 20 Disember bertempat di Shrine Expo Hall, Los Angeles.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminat MCR meluahkan rasa gembira dan tidak sabar untuk melihat idola mereka kembali beraksi dipentas selepas sekian lama.

Mereka juga tidak dapat menyembunyikan rasa teruja untuk kembali menonton persembahan hebat kumpulan yang popular dengan lagu ‘Welcome To The Black Parade’ itu.

Peminat juga turut berkongsi tweet yang memaparkan reaksi lucu (memes) yang seolah-olah menggambarkan perasaan mereka.
Terdahulu, MCR dianggotai oleh Gerard Way (vokalis), Mikey Way (pemain gitar bass), Ray Toro (gitaris) dan Frank Lero (gitaris).

Manakala album terakhir MCR iaitu “Danger Days: The True Lives Of The Fabulous Killjoys” diterbitkan pada tahun 2010.