Gaya Hidup
Comel & Kuat Makan, Ini 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Panda
Siapa yang tak suka panda? Kecomelannya sahaja boleh membuatkan ramai pencinta haiwan cair pada haiwan Mamalia ini.
Namun jangan hanya suka tengok sahaja, ini 8 perkara yang harus anda tahu tentang haiwan ini.
1. Panda merupakan keluarga beruang yang memiliki warna hitam putih. Selain dapat melihat mereka di zoo ataupun pusat konservasi, panda boleh dijumpai hidup meliar di hutan buluh lebat di atas pergunungan wilayah China tengah.
2. Mamalia ini merupakan haiwan omnivor. Antara makanan kegemaran panda adalah ikan, binatang kecil dan buluh.
3. Nama saintifik panda adalah Ailuropoda Melanoleuca yang bermaksud ‘kaki kucing berwarna hitam putih’.
4. Panda dapat tumbuh ketinggian 1.2 meter hingga 1.5 meter dan berat 75 kilogram hingga 135 kilogram.
5. Jangka hayat panda adalah sekitar 20 tahun dan boleh mencapai pertengahan 30an jika dijaga sebaiknya.
6. Panda lahir dengan warna merah jambu. Mereka juga lahir dalam keadaan buta dan boleh membuka mata pada usia enam sampai lapan minggu.
7. Termasuk dalam spesis terancam, panda hanya berbaki 1,000 ekor sahaja di hutan.
8. Ibu panda melahirkan satu atau dua anak setiap dua tahun. Bayi-bayi panda tersebut akan terus bersama induknya hingga usia 18 bulan. Setelah mereka memasuki usia tersebut, mereka akan menjelajah dan mencari makan sendiri.
9. Panda digambarkan sebagai haiwan ‘pemalas’ kerana 2/3 daripada hidupnya dihabiskan dengan tidur.
10. Panda ialah simbol perdamaian China, ratusan tahun lalu sewaktu suku-suku di China berperang, mereka akan menaikkan bendera dengan gambar panda untuk menghentikan peperangan.
Nantikan satu platform pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej menarik ke serata dunia, hanya di Gempak, pada 2 September 2019.
Must-Watch Video