Hiburan
Comel Sangat! Mata Sepet & Pipi Pau, Peminat Geram Tengok Baby Boy Betty Rahmad
Anak sulung pelakon Betty Rahmad, Ardy Wira Ardy Shafiq mendapat perhatian peminat kerana kecomelannya.
Menerusi sepotong video pendek dimuat naik Betty di akaun Instagramnya yang menunjukkan Wira sedang tersenyum sememangnya menawan hati peminat.
Lebih-lebih lagi apabila bayi lelaki comel itu memiliki pipi yang tembam selain bermata sepet ketika ‘menghadiahkan’ senyuman kepada ibunya.
“Morning talk with mommy this morning. Alhamdulillah my baby is 2 months old already. Terima kasih semua yang doakan, comment & dm sorry mommy tak sempat reply. Wira cakap I love you too makciks pakciks ? #ardywira #2monthsold,” tulis Betty.
Sehingga kini video comel Wira itu telah menerima lebih 168,000 tontonan.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram melihat pipi tembam Wira selain memuji kecomelan bayi lelaki itu.
Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Foto: Instagram @bettyrahmad
Must-Watch Video