,
Berita

“Comelnya, Copy Paste Muka Kakak Dia!”- Hanez Suraya Dedah Wajah Anak Kedua

Syafiqah Jalal
12/07/2019
08:07 MYT
Selepas tujuh hari melahirkan bayi kedua, pelakon Hanez Suraya mendedahkan wajah anaknya itu.
Hanez berkongsi wajah bayi perempuannya itu di akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum,” tulisnya di dalam kapsyen.
Menerusi foto tersebut, Hanez berkongsi gambar swafotonya bersama anak keduanya itu.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kecomelan wajah bayinya.
Malah mereka turut menyamakan wajah bayi tersebut sama dengan anak pertamanya Putri Aleesya, 3 tahun.
Sementara itu, ada juga yang memuji wajah Hanez yang berseri-seri selepas bersalin.
“Mak dengan anak sama comel,” komen salah seorang peminatnya.
“Copy paste muka kakak la,” kata salah satu pengikutnya
“Dalam pantang pun cantik,” puji peminatnya.
Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha pada 25 Mac 2015.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video