Sekilas
- Program Gempakkan Kampus akan berlangsung pada 31 Oktober 2026 di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dengan pelbagai aktiviti menarik untuk mahasiswa.
- Pelajar boleh sertai sesi perkongsian ilmu seperti Talk & Sharing bersama Financial Faiz, Yaya Zahir, Amirul Ramli dan Qawiyaro mengenai pengurusan kewangan dan kesihatan mental.
- Program turut dimeriahkan dengan sesi Borak Dulu Baru Kamu bersama pelakon Mierul Aiman serta persembahan istimewa daripada Dayang Nurfaizah dan Iman Troye.
Bakal berlangsung pada 31 Oktober 2026, program Gempakkan Kampus bakal menghangatkan suasana di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dengan pelbagai aktiviti menarik khas buat golongan mahasiswa.
Bukan sekadar hiburan, program ini turut menampilkan beberapa sesi perkongsian ilmu yang memberi peluang kepada pelajar mendapatkan inspirasi, menambah pengetahuan serta mengenali potensi diri.
Pelajar yang hadir boleh singgah ke Mekdi Career Talk Booth yang disediakan sempena program Gempakkan Kampus.
Menerusi booth berkenaan, pengunjung boleh meneroka pelbagai peluang kerjaya, menambah ilmu, mengenali potensi diri serta mendapatkan inspirasi untuk merancang masa depan.
Pengunjung turut berpeluang mengikuti sesi Talk & Sharing bersama Financial Faiz, Yaya Zahir, Amirul Ramli dan Qawiyaro menerusi dua topik menarik iaitu Duit Masuk, Duit Lesap dan Mental Health Penting Tau.
Dihoskan oleh Sean Lee, perkongsian tersebut dijangka membuka ruang kepada mahasiswa untuk memahami kepentingan pengurusan kewangan serta kesedaran terhadap kesihatan mental dalam kehidupan seharian.
Bukan itu sahaja, buat anda yang nak berjumpa dengan pelakon, Mierul Aiman boleh ikuti sesi Borak Dulu Baru Kamu yang dihoskan oleh Fikry Ibrahim.
Mierul bakal berkongsi kisah perjalanan hidupnya, termasuk pengalaman peribadi yang mungkin belum pernah didengari ramai.
Lebih menarik, program ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah dan Iman Troye yang pastinya menjadi antara tarikan buat pengunjung.
Jadi, buat mahasiswa dan warga kampus sekitar Serdang, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Gempakkan Kampus yang berlangsung di Panggung Percubaan, UPM Serdang pada 31 Oktober 2026.