,
Hiburan

“A Complete Game Shutout & A Three Homer Game?”- Menang 9-0, Kelab Baseball Dodgers Anggap BTS SUGA Pembawa Tuah

Mya Amri
09/05/2019
08:06 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS SUGA menjadi perhatian apabila hadir ke perlawanan kelab baseball terkemuka, LA Dodgers yang berlangsung baru-baru ini.
Malah kedatangannya juga dianggap sebagai tuah oleh kelab baseball berkenaan selepas menang perlawanan sebanyak 9-0 menentang pasukan Atlanta Braves pada Isnin. SUGA kemudiannya menjadi perhatian penonton selepas pihak Dodgers merakamkan gelagatnya menerusi kamera sebelum dipaparkan ke skrin besar di stadium berkenaan.
Gelagat SUGA itu juga turut dimuat naik menerusi akaun Twitter rasmi, Los Angeles Dodgers (@dodgers). “A complete-game shutout and a three-homer game? We're going to need you back at the stadium again soon, @BTS_twt!” tulisnya.
SUGA yang hadir dengan memakai jersi beserta nama pitcher terkenal Korea yang merupakan pemain Dodgers, Ryu Hyun Jin sempat bertemu pemain itu selepas tamat perlawanan. Menerusi pertemuan itu juga, SUGA memberitahu dia pernah hadir ke perlawanan Hyun Jin sebelum ini.
“Saya datang dan melihat kemenangan kamu. Saya juga pernah hadir ke perlawanan Dodgers sebelum ini, lebih kurang lima tahun yang lalu tetapi pada waktu itu Kershaw yang bermain sebagai pitcher,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, BTS yang dianggotai oleh Jin, RM, SUGA, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini baru sahaja memulakan konsert siri jelajah ‘Love Yourself: Speak Yourself’ bertempat di Rose Bowl Stadium, Los Angeles pada Sabtu dan Ahad lalu.
Selepas ini, BTS bakal ke lokasi seterusnya iaitu Chicago sebelum meneruskan konsert jelajah “Love yourself: Speak Yourself” di Brazil, United Kingdom, Eropah Timur dan mengakhirinya di Jepun.
Di sini Gempak kongsikan foto-foto menarik SUGA sepanjang perlawanan berlangsung:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Pameran 7 Kumpulan K-pop Singgah Di KL! Ada BTS, Enhypen, Le Sserafim & Ramai Lagi

gempak
08/06/2024
14:43 MYT
Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi.
Artis Korea

BTS Jadi Kumpulan Lelaki Paling Banyak Dicari Di Google 2023

gempak
13/12/2023
14:55 MYT
Power BTS!
Laman Utama

“Ini Bukan Butter, Ini Planta” - Terima Pelbagai Reaksi Nyanyi Lagu BTS, Ini Respons Amir Ahnaf

gempak
11/12/2023
00:55 MYT
Terbaik Amir!