Filem pecah panggung di negara China pada tahun ini, On Your Mark telah menemui penonton Malaysia bermula 26 Ogos lalu.

Hasil garapan pengarah tersohor Chiu Keng Guan ini memberi penghormatan kepada bapa-bapa seluruh dunia yang cekal, berhati waja dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga mereka.

Selain selebriti tempatan seperti Hael Husaini, Datuk Fazley dan Ernie Zakrie sebak menonton filem ini, ikon e-sukan terkenal Soloz turut menggesa peminatnya untuk menyaksikan On Your Mark.

Menerusi laman sosial Facebook, Soloz atau nama sebenarnya Fariz Zakaria mahu peminatnya menonton filem ini bersama ahli keluarga yang lain.

“Siapa tak tengok lagi On Your Mark, pergi tengok. Kalau boleh bawa ayah, mak, anak korang tengok sekali, kompem banjir dengan air mata nanti. Haha. Mari sokong filem tempatan dari Astro Shaw Sdn Bhd. #OnYourMark,” tulisnya lagi.

On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.

Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.

Cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.

Namun, sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.

Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.