Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) telah berlangsung dengan meriah bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), malam tadi.

Bertemakan 'Yang Epik Yang Legend', acara tahunan itu telah dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak.

Haqiem Rusly dan Siti Nordiana telah berjaya merangkul trofi Artis Top Meletop 2020 dan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Seperti biasa, Gempak akan sajikan kepada anda corat-coret yang menarik sepanjang AME 2020 :

1. Norma baharu. Semua tetamu yang hadir diwajibkan untuk scan MySejahtera dan menyemak suhu badan sebelum melangkah masuk ke ruang AME 2020.

2. Energetic! Pentas AME 2020 dibuka oleh ahli kumpulan Floor 88.



3. Alif Satar memenangi kategori Hos MeleTOP buat sekian kalinya. AME 2020 adalah acara pertama yang dihadirinya selepas diduga dengan positif Covid-19 pada hujung November.



4. Ernie Zakri dan Aina Abdul berjaya buat penonton tergamam selepas berduet bersama di atas pentas. Rasa macam tengok konsert!



5. Pakaian yang digayakan Ben Amir dikatakan sama dengan Yoongi Dynamite.



6. Kamal Adli membuat kejutan dengan melamar Uqasha Senrose secara siaran langsung. Uqasha memberi jawapan 'yes' lalu menerima sebentuk cincin tajaan dari Habib Jewels.

BACA: Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose Di AME 2020, Uqasha: "Yes"

7. Zizan kantoi dengan kamera. Muka tahan nak menangis masa tengok momen Kamal dan Uqasha.

8. #AME2020 menduduki kedudukan pertama manakala #YangEpikYangLegend berada di carta kedua di laman Twitter.

9. Noraniza Idris dan Michael Ang berdamai apabila saling meminta maaf.

BACA: AME 2020 Jadi Saksi Noraniza Idris & Michael Ang Bermaafan

10. Ustaz Ebit Lew terima standing ovation! Semua tetamu yang hadir berdiri ketika Ebit menyampaikan ucapan selepas dipilih untuk Anugerah Wira MeleTOP.

Secara keseluruhan, AME 2020 berjaya memukau hati penonton. Semua persembahan mempunyai aura yang cukup tinggi sehinggakan tidak menimbulkan perasaan bosan.

Tahniah kepada semua pemenang AME 2020!