,
Berita

AME 2020 Jadi Saksi Noraniza Idris & Michael Ang Bermaafan

Zulaikha Yusof
20/12/2020
16:04 MYT
Penyanyi lagenda, Noraniza Idris dan sutradara kontroversi, Michael Ang masing-masing memohon maaf secara terbuka berhubung isu panas mereka sebelum ini.
Menurut Noraniza, tujuan dia ingin bertemu secara empat mata bukan untuk bergaduh tetapi lebih kepada mengenali.
"Saya tak kenal Michael secara peribadi. Saya nak jumpa bukan untuk bergaduh tetapi untuk mengenali.
"Kebetulan ada isu saya terpanggil nak jumpa Michael secara peribadi. Harini saya dapat jumpa. Sebenarnya hati Michael baik," katanya dalam pertemuan yang berlangsung di bilik media pada majlis Anugerah MeleTOP 2020.
Sementara itu, Michael menegaskan dia menerima segala komen negatif tetapi bukan berkait dengan keluarga dan agama.
"Sejujurnya saya rela hati nak jumpa Noraniza. Saya boleh terima kalau netizen nak komen negatif.
"Tetapi bila sentuh bab agama saya sensitif. Saya tahu bukan dari Noraniza.
"Sesiapa saja yang tulis saya minta maaf. Saya minta maaf dengan Noraniza," katanya lagi.
Terdahulu, pada peringkat separuh akhir minggu lepas, Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan peserta Gegar Vaganza ketujuh menerusi Twitter.
Nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan pedas dan negatif daripada pengarah itu.
Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya masuk Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Takkanlah Tak Nampak Lagi Dia Memang Nak Kau Orang Kutuk Dia” - Michael Ang Minta Jangan Layan Trend Old Money

gempak
13/11/2024
06:55 MYT
Pengarah Michael Ang tampil memberikan pandangan mengenai trend ‘old money’ yang menjadi tular di media sosial.
Berita

Vivy Yusof & Fadzaruddin Mohon Maaf, Letak Jawatan Dalam FashionValet

gempak
01/11/2024
13:15 MYT
Usahawan fesyen terkenal, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Anuar mengumumkan bakal melepaskan jawatan sebagai pengasas bersama dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) susulan kerugian yang dilaporkan ditanggung Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) baru-baru ini.
Hiburan

Penganjur Mohon Maaf, Konsert 5 Rukun 2.0 Perjuanganmu Ditunda

gempak
30/10/2024
12:25 MYT
Konsert 5 Rukun 2.0 Perjuanganmu terpaksa ditunda atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.
Hiburan

Alya Iman Mohon Maaf, Akui Kesilapan - "Saya Memang Nak Bertudung, Kali Ni Biarlah Saya Betul-Betul Sedia"

gempak
29/10/2024
23:55 MYT
Pelakon Alya Iman memberitahu dia hanya akan bertudung apabila dirinya benar-benar bersedia pada kali ini.
Hiburan

Mohon Maaf Jika Menggores Hati Orang, Keadaan Kesihatan Ebby Yus Semakin Merosot - “Saya Dah Bersedia Apa Saja Yang Berlaku

gempak
28/10/2024
02:25 MYT
“Saya mohon ribuan ampun dan maaf seandainya dalam bidang seni saya ada menyinggung perasaan semua, dan saya maafkan semua. Mana tahu anda ada terkutuk saya ketika melihat saya dalam TV,” kata pelawak dan pelakon Ebby Yus, yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan tiub akibat komplikasi buah pinggang.
Unitar