Konsert ketujuh Gegar Vaganza (GV7) menyaksikan Aju Success diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Aju yang berada dikedudukan terakhir menerima jumlah markah sebanyak 57.80%.

BACA: Aju Success Tersingkir - "Saya Pun Tak Percaya Dapat Bertahan Hingga Minggu Ketujuh"

Selain kehebatan konsert, minggu ini terdapat pelbagai perkara berlaku sepanjang GV7 berlangsung pada Ahad.

Di sini Gempak kongsikan corat-coret GV7 minggu ketujuh antaranya:

1. Sewaktu pembukaan Jihan dan Nabil nampak ‘seksa’ menyanyikan lagu Salam Terakhir nyanyi asal Allahyarham Datuk Sudirman. Tapi apa pun suara pasangan hos untuk konsert kali ini boleh tahan ya.

2. Happy birthday Tok Ram! Buat pertama kalinya anak perempuan Tok Ram ‘muncul’ di GV7. Tok Ram nampak sebak sewaktu menonton rakaman video bersama anak perempuannya yang dipaparkan pihak produksi.

3. Ramai yang terpegun dan memuji kecantikan anak perempuan Tok Ram.


4. Momen paling best apabila juri jemputan, Saiful Apek naik ke pentas untuk melihat sendiri sama ada wajahnya menyerupai Cliff Umar seperti yang di usik netizen. Hasilnya? Memang ada yang sama!

5. Mungkin ramai yang tidak tahu Aju baru sahaja kehilangan ibunya pada tanggal 6 September 2020. Aju tujukan lagu Hanya Rindu yang dinyanyikan di pentas GV7 untuk Allahyarham ibunya sebagai tanda rindu.


6. Yantzen sekali lagi memikat hati netizen dengan perangai comelnya. Ada juga yang geli hati melihat Yantzen memakai baju tidur Hello Kitty sewaktu rakaman klip pendek GV7. Memang sporting habis otai kita kan?

7. Ramai yang menyatakan rasa respek terhadap usaha gigih Yantzen menyampaikan lagu Bunga nyanyian Ara. Fuh dah umur 60an tapi mampu lagi bawa lagu orang muda. Cayalah!

8. ”Bunda please comeback!” - Ini antara komen yang diberikan netizen. Ramainya rindu bunda Hetty. Bunda muncul sekejap bersama anaknya Afifah yang masih menyarungkan busana perkahwinan. Tahniah Afi dan suami, selamat pengantin baru ya.


BACA: Ramai Tanya Mana Ibu Hetty, Kenapa Tak Jadi Juri GV7?…Ini Jawapannya!

9. Walaupun sudah berkahwin selama 23 tahun namun Muss masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk mendapat cahaya mata. Selepas pendedahan itu ramai yang mendoakan Muss dan isterinya.

10. Muss juga seorang yang sangat menyukai kucing dan menganggap kucing jalanan sebagai anaknya.

11. Momen manis buat Muss apabila pihak penaja, Power Cat menghadiahkan seekor kucing kepadanya. Comelnya Oyen tuuuu geram!

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.