Konsert minggu pertama Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan Noraniza Idris mengungguli tempat pertama dengan markah 90.90 peratus.

Manakala bintang yang mendapat tempat terendah adalah Rozita Izlyn dengan 55.40 peratus.

Bagaimanapun tiada penyingkiran untuk minggu pertama.

Selain kehebatan konsert, pasti penonton di rumah ingin tahu apa yang berlaku di sebalik tabir GV7 yang berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

BACA: GV7: Peserta Bottom 3 Tarik Nafas Lega, Jaga-Jaga...Mungkin Tersingkir Minggu Depan!

Di sini, Gempak kongsikan kepada anda corat-coret GV7:

1.Walaupun peminat yang hadir tak ramai tapi meriah, jangan salah sangka ya memang patuh SOP.

2.Difahamkan peminat kena audition untuk datang GV7 tau.

3.Haslinda buat orang kagum walaupun dah 15 tahun tak menyanyi atas pentas.

4.Yantzen terjatuh masa mula-mula keluar untuk memperkenalkan diri. Penonton dirumah tidak dapat menyaksikan kejadian itu malah penonton di dewan juga ada yang perasan ada yang tidak.

5."Aku terganggu dengan kad-kad atas kerusi ni rasa macam dorang tengok dengan perasaan benci," kata-kata Jihan sewaktu commercial break undang tawa penonton.

6.Kad-kad yang diletakkan di atas kerusi itu sebenarnya bertujuan untuk menjaga penjarakan fizikal bagi mematuhi SOP.

7."Setiap kali break tukar baju, lain kali pakai telekung," seloroh Datuk AC Mizal mengusik Jihan.

8.Nomad tersipu-sipu malu selepas Datuk AC Mizal mengusik Nomad wajahnya nampak virgin, pada masa sama membuatkan penonton tertawa.

9.Tiada sidang media diadakan selepas persembahan GV7, patuh SOP. Salute Astro!

BACA: Patuh SOP, Tiada Sidang Media Di GV7

10.Ramai terkejut tengok penampilan bekas juara GV4, Aishah yang semakin kurus dan cantik.

11.Slay it queen! Antara komen yang memuji persembahan letop Noraniza Idris. Penutup persembahan paling mantap! Cayalah Kak Ani!

12.Gegar Vaganza menjadi trending nombor 1 di Malaysia.

13.Noraniza Idris dan Ayu Damit yang paling hangat diperkatakan di sosial media.

14.Datuk AC Mizal sempat menyakat Noraniza Idris membawa piring Astro atas kepala merujuk kepada aksesori kepalanya.

15.Anggota kumpulan Eva menitiskan air mata sebaik sahaja nama mereka dipanggil kerana tidak menyangka menduduki tempat keempat.

GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.