Minggu pertama Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan tiga bintang iaitu, Kumpulan Indigo, Aju Success dan Rozita Izlyn berada di tiga kedudukan terendah.

Bagaimanapun perjalanan Rozita hampir terhenti apabila menjadi bintang terakhir yang diumum pada segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’.

Rozita terpaksa berpuas hati dengan markah keseluruhab sebanyak 55.40 daripada pihak juri.

Sementara Indigo dan Aju Success masing-masing memperoleh markah sebanyak 60 dan 57.90 daripada juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan.

Dalam pada itu, Linda Nanuwil terpilih sebagai Bintang CUCKOO Healthy Home pertama GV7 yang membawa pulang Periuk Serbaguna Bertekanan Tinggi R06 yang bernilai RM1450.

Bintang CUCKOO Healthy Home dipilih berdasarkan nama bintang GV7 yang hashtag paling banyak di laman sosial Twitter, sepanjang siaran langsung.

Berikut merupakan senarai lagu yang akan dinyanyikan pada minggu hadapan:

1 Noraniza Idris - Akulah Kekasihmu
2 Mus - Cinta Kristal
3 Cliff Umar - Hanyut
4 Kumpulan Eva - Cinta Antara Benua
5 Yantzen - Duit
6 Ayu Damit - Ke Hujung Dunia
7 Haslinda - Kerana Terluka
8 Linda Nanuwil - Mungkinkah
9 Ashira - Sempurna
10 Nomad - Bila Tiba
11 Oja - Sepenuh Hati
12 Indigo - Hadirlah Kasih
13 Aju Success - Sambutlah Kasih
14 Rozita Izlyn - Hajat


GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.