Bertemakan 'Ku Petik Bintang’, kumpulan Sa.Ya yang terdiri daripada Saiful Apek dan Yassin Yahya itu hanya mampu memperoleh markah sebanyak 58.20%, sekali gus gagal meneruskan perjuangan pada minggu separuh akhir minggu depan.

Kumpulan Sa.Ya yang menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita (Iklim) gagal memuaskan hati para juri.

BACA: Kreatif Tapi Vokal Kurang Gah Punca Sa.Ya Tersingkir!

Begitupun, dalam pada tumpuan diberikan kepada Sa.Ya, banyak sebenarnya yang berlaku di belakang tabir yang mungkin penonton di rumah terlepas pandang.

Berikut merupakan corat-coret GV8 konsert kelapan:

#1 Keadaan dewan pada malam konsert meriah dengan kehadiran penyokong. Ramai yang membawa sepanduk dan tidak kurang mengenakan pakaian yang mewakili tema nyanyian artis kegemaran masing-masing.

#2 Minggu ini, kelibat juri tetap Datuk Syafinaz tidak kelihatan masuk ke ruangan penjurian. Malah, tempatnya diisi oleh Datuk Mokhzani. Oh ya, Syafinaz ada memberitahu yang dia kini di Dubai, menerima jemputan nyanyian di sana.

#3 Baju Nikki ketat betul! Ketika dipanggil naik ke pentas bagi menerima Anugerah Betul-Betul Luar Biasa dan Bintang Cuckoo Paling Gempak, Nikki perlu berjalan perlahan-lahan secara berhati-hati.

#4 Mungkin penonton di rumah tidak perasan, tetapi ketika giliran Aweera menyanyi, juri Hetty Koes Endang ikut sama menyanyi, dengan penuh perasaan!

#5 Bercakap tentang persembahan Aweera, kalau nak tahu, backdrop di belakangnya nampak sahaja simple, tetapi memerlukan lebih 10 tenaga kerja untuk memasangnya kurang dari seminit.

#6 Pengarah dan pelakon Michael Ang yang turut sama memeriahkan GV8 minggu lalu menjadi bahan usikan Nabil. Ketika Michael beredar keluar daripada dewan, Nabil menyeru namanya sambil menyanyikan sebahagian lagu baharu Michael, Cinta Atau Propa.

#7 Ketika Nabil dan Jihan naik ke bahagian belakang penonton, ada yang sempat mengajak Nabil selfie.

#8 Kalau nak tahu, ketika Azan Scan dan Aliff Aziz membuat persembahan, ramai antara penonton yang menyalakan fungsi lampu suluh pada telefon bimbit masing-masing.

#9 Sebelum Suki menjayakan persembahannya semalam, dia mempunyai masa sekitar seminit selepas piano yang ingin dimainkan siap tersedia di atas pentas. Pada waktu itu, Suki sempat mengetik piano berkenaan menghiburkan penonton yang berada di dewan.

#10 Tok Ram sempat mengusik Nabil dan Jihan apabila dia menutup teleprompter yang digunakan oleh mereka bagi melakukan pengumuman pada penghujung konsert. Usikan manjah!

#11 Ketika konsert, ramai yang ditegur kerana merakamkan persembahan menggunakan telefon bimbit. Mengikut peraturan yang ditetapkan, penonton di studio dilarang untuk merakam sebarang persembahan peserta GV8. Harap jangan buat lagi ya!

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.