Laman Utama

Corat-Coret: Catwalk Norren, Pak Nil Tanggal Kasut & Kembar Rambut Neon Antara Yang Menarik Di KLFW2022 Neonate

gempak
Mya Amri
26/08/2022
11:51 MYT
Sponsor Banner
Corat-Coret: Catwalk Norren, Pak Nil Tanggal Kasut & Kembar Rambut Neon Antara Yang Menarik Di KLFW2022 Neonate
Setiap tahun acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pasti menjadi perhatian dan tahun ini juga tidak ketinggalan kehangatannya.
Antara pertunjukkan yang dinantikan adalah daripada jenama fesyen streetwear tempatan, Neonate.
Gempak berkesempatan menyaksikan pertunjukkan fesyen koleksi terbaharu Neonate sempena KLFW2022 yang berlangsung baru-baru ini.
Berikut merupakan 10 perkara menarik berlaku sepanjang pertunjukan fesyen berlangsung:
1. Buat julung kalinya jenama yang diusahakan oleh pengacara dan pelakon Karl Shafek Ibrahim bersama rakan niaganya, Syahir Hamdan, Neonate Clothing mendapat slot pertunjukan solo untuk tahun 2022. Tahniah Neonate!
2. Neonate juga telah mempersembahkan 50 persalinan dan istimewanya pada edisi kali ini adalah koleksi yang diberi nama Neostalgia di mana Karl Shafek cuba mengembalikan trend-trend retro fesyen, tetapi diberi dengan sentuhan baharu.
3. Neonate juga memperkenalkan pelakon berbakat, Puteri Balqis sebagai wajak ilham (muse), walaupun ini merupalan penampilan pertama Balqis namun dia berjaya melakukannya dengan baik. Cayalah Aqish!
4. Selain mengacara, hos Gempak TV Isha dan Daniel menunjukkan kebolehan catwalk mereka dengan memperagakan koleksi terbaharu, Neonate
5. Jaket yang dipakai Daniel mencuri tumpuan, cantik dan stylish. Kalau nak tahu baju itu sebenarnya menampilkan emoji atau pun logo Gempak. How cute, love teruk.
6. Menariknya lagi model adik-beradik kembar yang berambut merah dan hijau itu hanyalah orang biasa dan bukan dalam kalangan model. Wow rasa macam tak percaya guys, memang nampak pro.
7. Pelakon Norren Iman yang juga merupakan muse Neonate menarik perhatian dengan gaya catwalk tersendiri. Kemunculan Norren itu sudah pasti menambahkan keyakinan mereka yang berbadan plus size. You go girl!
8. Kumpulan Dolla juga mendapat tepukan sorakan ramai selepas muncul melakukan catwalk. Ehem kalau tak kenal memang orang sangka model tau.
9. Havoc dan meriah! Itulah perkataan yang dapat digambarkan sebaik sahaja pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi muncul di pentas persis model.
10. Selain karakternya, Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil juga menarik perhatian apabila dia secara tiba-tiba menanggalkan kasutnya dan catwalk secara berkaki ayam. Letop Pak Nil!
Foto:Taufiq Nadzri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024