Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu dicatatkan sebanyak 1,745 selain merekodkan tujuh kematian baharu.

Jumlah itu meningkat sedikit berbanding kes pada Selasa yang dicatatkan sebanyak 1,555 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 305,880 kes.