Laman Utama

COVID-19: 12,735 Kes Baharu! Sarawak Kekal Tertinggi, Selangor Naik Lagi

Mya Amri
30/09/2021
10:08 MYT
Kes COVID-19 harian melihat Selangor mencatatkan jumlah 1,940 kes menjadikan kedua tertinggi.
Secara keseluruhan, negara hari ini mencatatkan 12,735 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,245,695 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan Sarawak kekal dengan kes tertinggi dengan 2,487 kes direkodkan.
Ciapan itu juga memaklumkan negeri Kelantan dan Kedah turut mencatatkan kes melebihi 1,000 dengan jumlah masing-masing sebanyak 1,232 kes dan 1,033 kes.
Selain itu, Dr Noor Hisham juga turut menyatakan status kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) adalah pada kadar 63 peratus dan 55 peratus untuk katil bukan ICU. Pada Isnin, netizen meluahkan rasa bersyukur melihat angka jangkitan baharu COVID-19 hari ini mencatatkan penurunan kes.
Sebanyak 10,959 kes dicatatkan menjadikan jumlah itu adalah yang terendah sejak Julai lalu.
Kredit foto: Azrul Rafie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.