Malaysia merekodkan kes COVID-19 tertinggi hari ini dengan 3,309 kes.

Jumlah jangkitan baharu itu melepasi kes tertinggi sebelum ini iaitu 3,207 pada 7 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu didahului dengan Selangor yang mencatatkan 1,007 kes, diikuti Johor (442 kes) dan Sabah (409 kes).

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hampir 78 peratus kes baharu dikesan dari negeri-negeri yang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebanyak 439 kes dilaporkan berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.

Terdapat 190 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 83 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Lebih mendukacitakan, empat lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 559 kes.

Di samping itu, 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti iaitu Kluster Persiaran Kuala; Kluster Udarama; Kluster Iris; Kluster Jalan Kiara; Kluster Dialisis Batu; Kluster Sekubong; Kluster Kampung Badak; Kluster Taman Kesedar; Kluster Dialisis Putra; Kluster Permint Harmoni.

Esok akan bermula Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu sehingga 26 Januaru depan.

Bersama kita putuskan rantaian COVID-29, duduk di rumah dan stay safe.

Kredit foto: Malay Mail