Kes Covid-19 di Malaysia meningkat semula hari ini menjadikan kes baru sebanyak 20,837 dicatatkan.

Jumlah itu menyaksikan kenaikan agak ketara memandangkan semalam Malaysia hanya sekitar 17,672.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes kumulatif pula sebanyak 1,593,602 direkodkan.

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 4,645 diikuti Johor 1,743 dan Sarawak 1,543.

Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Sementara, itu menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-ratanya kecewa dengan peningkatan kes berkenaan.

Ada yang geram kes tidak berkurang, namun ada juga meminta supaya yang belum mengambil vaksin untuk segera berbuat demikian.

“Ah kes naik pula hari ini, baru nak happy semalam”.

“Naik pula, ni mesti test banyak berbanding kelmarin”.

“Bila lah nak turun ni, dah lama sangat,” tulis beberapa netizen.