Seperti yang ramai sedia maklum, buat pesakit positif Covid-19 yang tidak bergejala serta tidak berisiko tinggi disarankan supaya tak perlu datang ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Malah, diminta hanya duduk rumah untuk menjalani kuarantin kendiri sahaja.

Pun begitu suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari berkata meskipun perlu kuarantin di rumah, pesakit mesti memantau keadaan kesihatan diri dari hari ke hari.

Malah Dr Izzar menasihatkan supaya pesakit Covid-19 yang kuarantin di rumah perlu mempunyai tiga benda penting disamping mereka.

“Selain memantau gejala di rumah, ada perkara lain yang sangat penting untuk dipantau iaitu oksigen dalam darah (spo2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan.

“4 perkara ni anda boleh ukur sendiri di rumah kalau ada alatnya. Sebab tu bagi saya, anda WAJIB mendapatkan:Dr Izzar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Tambah Dr Izzar lagi, tiga benda itu juga penting untuk ada di setiap rumah meskipun tiada jangkitan Covid-19.

“Tak kisahlah anda positif ke tak, beli sekarang tiga benda ni. Belikan untuk mak ayah sekali.

“Dengan adanya tiga benda ni, anda dan petugas kesihatan boleh mengetahui status kesihatan dengan lebih tepat. Baru tindakan awal dan segera boleh dilakukan sebelum terlambat.

“Ada kes yang tak tau pun dia positif pastu masuk hospital dah CAT4/5, ada yang kuarantin di rumah mula-mula CAT1 pastu tiba-tiba CAT3/4 dah bila dia ke hospital. Kalau delta varian ni ganas ya,” nasihatnya.

Sumber/Foto : Izzar

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)