Kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan kepada 5,501 kes untuk tempoh 24 jam yang lalu berbanding semalam yang mencatatkan 6,144 kes baharu.

Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,614,480 kes setakat ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitternya hari ini.

Jelasnya, data terkini berhubung kes baharu akan dikemaskini selepas tengah malam nanti.