Laman Utama

Covid-19: Sarawak Catat 3,200 Jangkitan Baharu Hari Ini – Selangor, Johor & Sabah Masih Lebih 2,000 Kes

Fiza Kamarudin
07/09/2021
10:23 MYT
Negeri Sarawak masih mencatat kes baharu positif Covid-19 tertinggi sebanyak 3,200 jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi laman sosial Twitter dan Facebook berkata, tiga buah negeri mencatatkan jumlah kes melebihi 2,000 iaitu Selangor dengan 2,407 kes diikuti Johor (2,174 kes) dan Sabah (2,107 kes).
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18,547 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 1,880,734.
Kata Dr Noor Hisham lagi, negeri-negeri yang mencatatkan jumlah kes melebihi1,000 pula ialah Pulau Pinang sebanyak 1,776 kes, Kedah (1,487 kes), Kelantan (1,458 kes) dan Perak (1,197 kes).
Dalam tempoh yang sama, ujar Dr Noor Hisham, negeri-negeri yang merekodkan kes di bawah 1,00 ialah Pahang dengan 742 kes, Terengganu (645 kes), Kuala Lumpur (631 kes), Melaka (448 kes) dan Negeri Sembilan (229 kes).
Tidak ketinggalan Putrajaya, Perlis dan Labuan pula masing-masing mencatatkan 22, 20 dan empat kes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Keluarga Farah Kartini Mohon Henti Keluar Kenyataan Gores Hati

gempak
16/07/2024
15:24 MYT
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Viral

"Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia" - Farah Kartini

gempak
16/07/2024
09:59 MYT
"Mati rasa hanya kerana dikecewa dan disia-sia," demikian tulisan terakhir bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini yang kembali tular di media sosial.
Viral

"Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

gempak
16/07/2024
09:33 MYT
“Dia seorang yang ceria dan tak pernah cerita apa-apa masalah,” demikian kata  Mohd Farriza Azmi Abdullah, 28, abang kepada arwah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, hari ini.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.