Laman Utama

COVID-19: 2,232 Kes Penularan Tempatan, Empat Kematian Direkodkan

gempak
Azwa Rahman
11/01/2021
11:24 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: 2,232 Kes Penularan Tempatan, Empat Kematian Direkodkan
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,232 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan empat kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,226 kes adalah penularan tempatan, manakala bakinya jangkitan di luar negara.
Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 138,224 kes.
Beliau berkata, sehingga kini terdapat 187 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, 1,006 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.
“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 555 kes,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live