Covid-19

COVID-19, Kluster Baru Dikenal Pasti Di Madrasah Di Solok Duku

Mya Amri
15/05/2020
06:09 MYT
Satu lagi kluster baharu dikenal pasti melibatkan sebuah madrasah di Solok Duku, Masjid Tanah Melaka, lapor Awani
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 107 pelajar, guru dan ahli keluarga telah disaring.
"Dua kes positif COVID-19 di kalangan 35 orang pelajar, tiada kes positif di kalangan 10 orang guru dan kakitangan madrasah. Dua kes positif COVID-19 di kalangan 62 ahli keluarga guru, kakitangan dan pelajar," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis. Sehingga 14 Mei 2020 katanya, terdapat sebanyak enam buah kluster COVID-19 yang melibatkan madrasah tahfiz.
Empat kluster adalah merupakan subkluster kepada perhimpunan di Seri Petaling, manakala dua lagi masih dalam siasatan.
Sehingga kini, seramai 19,209 orang pelajar, guru dan kakitangan telah dikenal pasti dari sebanyak 370 buah madrasah dan pusat tahfiz di seluruh Malaysia.
Daripada jumlah keseluruhan ini sebanyak 12,384 sampel telah diuji (iaitu 64.5 peratus) dan keputusannya menunjukkan 635 kes positif COVID-19, 10,755 kes negatif COVID-19 dan 994 kes masih menunggu keputusan.
Berdasarkan keputusan saringan ini, didapati kadar positif dalam kalangan kumpulan berisiko ini adalah 5.1 peratus.
"Jika dibandingkan dengan situasi pada satu (1) minggu lalu (7 Mei 2020), kadar positif di kalangan kumpulan berisiko ini adalah 4.4 peratus. Tren kenaikan kadar positif ini adalah membimbangkan kerana ia menunjukkan kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain di kalangan kumpulan ini adalah semakin meningkat," ujarnya. Daripada siasatan yang telah dijalankan oleh pihak KKM, 96 orang daripada 635 orang yang dikesan positif COVID19 tidak mempunyai sebarang gejala saluran pernafasan (iaitu 15.1 peratus).
"Ini seterusnya boleh mengakibatkan penularan COVID-19 yang lebih meluas di kalangan ahli keluarga mereka dan juga masyarakat setempat, sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil," tambahnya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.
Laman Utama

Kes COVID-19 Lebih 12,000, KKM Saran Ambil Dos Penggalak Ketiga

gempak
15/12/2023
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19