Berita
COVID-19: "Rakyat Jangan Risau, Bekalan Makanan Mencukupi" - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat agar tidak panik dan risau berkenaan kekurangan bekalan bahan asas susulan penularan COVID-19 ketika ini.
Memetik laporan Astro Awani, beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) untuk memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang penularan pandemik COVID-19.
“Malam ini, saya akan membincangkan perkara ini. Rakyat jangan terlalu risau, saya sudah arahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memastikan bekalan mencukupi.
“Semua pasaraya akan dibuka bagi memastikan pengguna boleh membeli barangan asas,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Putrajaya pada Isnin.
Tambah Muhyiddin lagi, meskipun berlaku ‘pembelian besar-besaran’ sejak beberapa hari lalu, namun masyarakat diingatkan agar membeli barangan keperluan sahaja.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video